Tuesday, September 2, 2014
··¤(`×[¤Tentang Dia¤]×´)¤··
Monday, August 27, 2012
··¤(`×[¤Salam Lebaran¤]×´)¤··
Friday, July 27, 2012
··¤(`×[¤terima kasih YA ALLAH¤]×´)¤··
Friday, October 21, 2011
··¤(`×[¤salah akukah..¤]×´)¤··
Friday, July 29, 2011
··¤(`×[¤detik 3.17 a.m¤]×´)¤··
Sunday, July 3, 2011
··¤(`×[¤hari ini punya cerita¤]×´)¤··
Friday, April 15, 2011
Monday, April 11, 2011
··¤(`×[¤Salam¤]×´)¤··
Assalamualaikum buat semua..
Sekian lama sunyi menyepikan diri dari dunia blog, baru hari ini sunyi rasa ingin memulakan semula dunia blog.. Dulu sunyi pernah secara rasminya meletak jawatan dari dunia blog, tapi Nampak gayanya sunyi ingin kembali menjadi blogger..
Saban hari sunyi melayari blog teman yang lain dan ada juga di kalangan teman sunyi meminta sunyi kembali dalam dunia blog.. Jadi sunyi rasa tiada salahnya sunyi memulakan kembali apa yang pernah sunyi tamatkan dulu.. Sunyi rasa cukup sampai di sini dulu catatan untuk permulaan sunyi yang baru..
Salam kasih sayang
Sunyi Sepi
-11 April 2011-
-13:36-
Friday, April 2, 2010
··¤(`×[¤hati¤]×´)¤··
salam ukhuwah salam sunyi buat semua yang masih lagi sudi menjengah ke pondok sunyi yang dah tak macam pondok pun.
sunyi sendiri tak pasti apa yang sebenarnya ingin sunyi coretkan di sini.
macam yang pernah sunyi katakan dulu.. terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup sunyi.. ade suka ade duka.. yang paling banyak duka.. sunyi tahu kadang2 ALLAH menduga hambanya dengan memberi ujian pada mereka.. tapi entah, sunyi kadangkala tak kuat..
entahlah.. ape yang harus sunyi coretkan lagi.. sunyi sendiri dah kehabisan ilham.. untuk menceritakan masalah yang menimpa diri sunyi di sini memang tak akan sunyi lakukan.. melakukannya sama seperti sunyi melarikkan luka dalam hati sunyi..
Wednesday, February 24, 2010
··¤(`×[¤kosong... sekosong hatiku kini..¤]×´)¤··
Sunday, October 4, 2009
··¤(`×[¤salam ukhuwah¤]×´)¤··
03.10.2009 saturday
semalam sunyi jumpa dia yang sunyi sayang.. maksud sunyi yang pernah singgah di hati sunyi dan tak keterlaluan sunyi katakan sebenarnya dia masih lagi berada di hati sunyi cuma mungkin keadaan saja yang dah berubah..
hm.. nampak gayanya setakat ni je dulu coretan sunyi di dinding blog sunyi yang dah bersawang ni.. tak terlambat rasanya sunyi nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. sunyi pohon ampun dan maaf sekiranya sunyi pernah melakukan kesalahan pada semua sama ada sengaja atau pun tidak.. ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sunyi pohonkan pada semua.. semoga hidup kita sentiasa berada di dalam rahmat ILAHI..
··¤(`×[¤coretan sunyi sepi: tiada cinta yang mampu ku persembahkan.. yang tinggal hanya kesetiaan¤]×´)¤··
Thursday, September 11, 2008
··¤(`×[¤pena yang terakhir¤]×´)¤··
setiap permulaan pasti ada penamatnya. begitulah pertemuan, setiap yg bertemu pasti akan berpisah. cuma bezanya berpisah di dunia atau berpisah untuk selamanya menemui DIA yang Maha Pencipta segala yang dikehendakiNYA. hari ini merupakan hari ke 11 ramadhan. entah kenapa pagi ini mata ini terlalu sukar untuk sunyi lelapkan walau hanya seketika. terlalu banyak permasalahan yang membelengu diri ini. hati sunyi yang goyah kian rapuh namun tetap sunyi tabahkan jua demi insan-insan yang sunyi sayangi. maafkan sunyi seandainya coretan sunyi kali ini menggores perasaan sesiapa saja yang menjengah ke pondok sunyi yang kian bersawang ni. memang sengaja sunyi tidak menjengah pondok ni. bukan kerana sunyi malas, tapi sunyi rasa sudah tiba masanya sunyi berdepan dengan realiti kehidupan. sunyi tak nafikan kadangkala kita perlu luahkan yang terpendam. lafazkan apa yang terbuku agar kita bisa tenang. tapi pada sunyi meluahkan apa yang tersirat disebalik yang tersirat di dinding pondok sunyi ini samalah seperti sunyi melakarkan luka pada hati sunyi sendiri. memang tidak salah kita berkongsi dengan orang lain tentang permasalahan kita tapi kadangkala apa yang terpendam tidak semestinya diluahkan. apa yang terbuku tak bermakna perlu kita lafazkan dan apa yang tersirat tidak bererti kita perlu leraikan. sesekali kita perlu menyimpan apa yang terpendam jauh di lubuk hati. tak selamanya hidup ini bergantung pada insan-insan yang berada di sekeliling kita. sunyi jadi teringat kata-kata seorang teman sunyi, katanya teman ini ada 3 jenis:teman yang seperti pelangi adalah teman yang hadir saat kita memerlukan secebis kegembiraan di kala kita di timpa musibah dan kesusahan. sesudah kita beroleh kegembiraan dan kebahagiaan dia akan pergi meninggalkan kita.
dan teman yang seperti malam dan siang adalah teman yang hadir di saat kita dirudung duka dan di saat kita mengecapi nikmat bahagia. namun begitu suatu saat dia juga pasti meninggalkan kita.
tiada teman di dunia ini yang akan hidup selamanya dengan kita. cepat atau lambat mereka pasti akan meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkan mereka.
pada awalnya sunyi kurang bersetuju dengan teman sunyi. namun setelah sunyi dalaminya akhirnya sunyi pun mengakuinya. sesungguhnya tiada yang kekal bersama kita selamanya melainkan ALLAH SWT.
buat semua teman sunyi yang sunyi kenali sama ada melalui blog, ym atau apa jua caranya sunyi mengenali kalian, sunyi mohon berbanyak kemaafan seandainya sunyi pernah menyakiti hati atau mengguris perasaan kalian dengan sengaja atau tanpa sunyi sedar. sesungguhnya sunyi hanyalah insan biasa yang tak pernah lepas daripada melakukan kekhilafan. sunyi juga ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang sudi menjengah pondok sunyi sekiranya ada coretan sunyi yang tanpa sengaja menyentuh hati dan perasaan kalian. sunyi pohon berbanyak keampunan.
hari ini dengan rasminya sunyi ingin menyatakan bhw sunyi akan meletak jawatan dalam dunia blog. pada chii, kay pohon maaf sebab tagged yg chii tugaskan pada kay tu tak mampu untuk kay lunaskan. kay pohon ampun dan maaf. bukan niat kay sengaja untuk mengabaikan tagged tersebut tapi kay rasa sudah tiba masanya kay meninggalkan dunia blog ini. bukan kerana sunyi malas atau sudah tidak mampu untuk meneruskannya tapi sunyi rasa sudah tiba masanya sunyi menyelesaikan segalanya secara normal dan formal. memadai sunyi katakan tak semua perkara sunyi mampu coretkan di sini. melakarkan segalanya di sini samalah seperti sunyi menggores dan mencarik hati insan yang sunyi sayangi. samalah seperti sunyi melarik garis kelukaan pada jiwa dan hati sunyi sendiri.
akhir kata untuk kesekian kalinya sunyi pohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang sunyi cetuskan dengan sengaja atau tidak pada semua. izinkan sunyi mengundurkan diri dan berpamitan. insya allah ada kelapangan sunyi akan menjengah blog teman-teman yang sunyi sentiasa rindui dan kasihi.
salam penuh kasih sayang,
Sunday, June 29, 2008
··¤(`×[¤'tagged' dr kak nana¤]×´)¤··
Mungkin u all ada yg dah pernah jawab soalan2 ni...tp takpe, leh cuba jawab lagi..maybe jawapannya berbeza dari sebelum ni...hehehe...just try okey...
1. Orang yang BAIK adalah..
Jawapan: Orang yang berbuat baik pada diri sndr sblm orang lain.
2. SAHABAT selalunya..
Jawapan: Orang yang selalu menegur kala kita melakukan kesalahan.
3. MenCINTAI adalah..
Jawapan: Perasaan yang lahir dari hati
4. Putus CINTA bila...
Jawapan: Perkara yang boleh buat kita menangis [memang sakit (T_T)]
5. DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
Jawapan: Lupa dunia.. Shopping sakan utk my lil’ bro n sis.. hehe
6. Saya RINDU..
Jawapan: Rindu arwah nenek2, atuk2, kakak2 n adik..
7. Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
Jawapan: Entah la tak pasti.. Yg pasti MMA.. =P
8. Bila saya DIKHIANATI...
Jawapan: Berlagak tenang smpi pengkhianat pula rasa bersalah (Ego sebenarnya.. Tak nak org tau sy sedih. Huhu)
9. Saya pilih BUNGA apabila...
Jawapan: Memang dah suka bunga pun. Haha
10. Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
Jawapan: 1. Yang Maha Esa
2. Bonda, ayah, arwah nenek2 n atuk2 n adik2 sy..
3. ‘Dia’ yang sy sayang.. Auww.. (muka mewyah.. Tapi sape 'dia' tu eh? Masih belum ada kepastian)
11. Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
Jawapan: Sy bdk paling nakal n kakak yg ska buli adik sbb sy sayang dia.. Hehe (boleh ek camtu?)
12. Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
Jawapan: Sy kecewa dgn teruknya..
13. Saya MENANGIS bila...
Jawapan: Sy tak mampu nak membendung air mata (usually dlm bilik sy)
14. CANTIK pada kacamata saya…
Jawapan: Bila dia yakin dirinya itu menarik..
15. Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya melainkan...
Jawapan: Melihat ayah, bonda n adik2 sy tersenyum..
16. Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
Jawapan: Sambung bljr sejurus lepas SPM, bukan goyang kaki.. :(
17. Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
Jawapan: Pipi sy akan sakit sebab asyik tersenyum.. Tp pahala bertambah sebab senyum tu sedekah (itupun kalau ikhlas.. Hehe)
18. Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
Jawapan: 1. Ayah dan bonda (Krn mrk sy wujud hari ni. Krn mrk sy membsr dgn sempurna)
2. Adik perempuan dan adik lelaki sy (Mrk sumber kebahagiaan sy)
3. Arwah atuk2 n nenek2 sy (Mrk pengubat duka dan lara)
19. Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
Jawapan: 1. Semua yg di atas (wajib!)
2. Bantu mak uda sy agar kehidupan dia stabil
3. Bw seluruh ahli keluarga dan sedara mara sy menunaikan fardhu haji
4. Bw seluruh ahli keluarga sy melancong
5. Sedekahkan kpd anak2 yatim, fakir miskin dan pd sesiapa sj yg memerlukan.
20. Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti…
Jawapan: Berusaha, tidak mudah putus asa dan lakukan segalanya krn ALLAH SWT
21. Warna yang memberi saya INSPIRASI...
Jawapan: Biru, putih, ungu dan hijau
22. Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
Jawapan: Duit boleh mengubah hidup seseorg (am I rite?)
23. Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…
Jawapan: 1. Nenek pergi tanpa sy disisi (sedih sgt sbb saat2 akhir nenek still cari cucu dia yg nakal ni L)
2. First time sy ucapkan ‘happy father’s day’ pada ayah.
24. Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…
Jawapan: 1. Bila bersms-ing dgn Mr. ‘SMS’ (Hehe.. Agaknya dia tau tak sape dia ek?)
2. Bergurau senda n borak ngn bonda.. (Ngee :D)
25. Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
Jawapan: Menyanyi ape je lagu yg terlintas kat dlm otak.
26. Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
Jawapan: Sy akan doakan semoga dia bahagia walaupun kebahagiaan itu tdk melibatkan diri sy..
27. Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
Jawapan: Dapat berkumpul ramai2 dgn sepupu n mak2 sedara sy setelah berpisah 3 bln (Sy kan bljr)
28. Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
Jawapan: ‘Aku, Dia, Kamu dan Mereka’ or ‘Inspirasi Hati’
29. Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
Jawapan: Membahagiakan ayah dan bonda, adik2 dan semua saudara mara sy. Sy juga ingin memohon maaf sekiranya sy melakukan sesuatu yg menyakit, mengecilkan atau sebgnya kpd sesiapa je. Sy Cuma insan biasa yg tak lepas dr melakukan kesilapan.
30. Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
Jawapan: Tersgtlah blur tp seronok n sikit sedih sbb ada beberapa perkara buat sy sedih.. Ape pun sy ttp gembira.. Hehe
:: Coretan Sunyi Sepi: Buatmu kak nana ku sayang, maaf sebab kay lambat jwb tag ni. Dan kalau kak nana membaca blog ni, kay doakan kak nana bahagia selalu walau di mana kak nana berada. Sayang kak nana sgt2. Nw Sunyi nak pas tag ni pada ::
Mr Am (Salam perkenalan Sunyi hulurkan)
Chii [Gue rindu banget ma kamu.. Hati ni sedey sgt.. (T_T)
Tuesday, June 24, 2008
··¤(`×[¤Salam Ukhuwah¤]×´)¤··
24 June 2008
Welcome home, welcome back.. Yeah~ akhirnya Sunyi kembali lagi ke tempat ini.. Rindu rasanya nak menatap wajah bonda.. Rindu belaian mesra bonda dan yang paling Sunyi rindu sangat ialah keriuhan di rumah..
Ku tatap wajah malam
Tenang dengan keindahan
Sesekali ku dakap bayu yang berpuput..
Teringat aku pada dirimu
Yang jauh di
Yang tiada mampu ku tatap dalam jaga
Jua dalam lena..
Kerinduan yang menerpa
Menggamit gelora di jiwa
Menyentuh gelodak
Pada insan yang bernama bonda
Demi sebuah harapan ku gagahi jua
Demi sebuah impian ku capai cita
Lataran ada hati pernah terluka
Saat aku mencalar sebuah jiwa
Saat aku melarik segaris luka
Pada sekeping hati
Yang mendamba sejuta cerita bahagia..
Pada bonda dan ayah tercinta.. Sunyi pohon sejuta keampunan dan kemaafan kerana Sunyi pernah menghadiahkan sebuah luka pada sekeping hati yang sentiasa mencintai, menyayangi, melindungi dan membahagiakan Sunyi. Yang telah memberikan Sunyi sebuah kehidupan yang paling bermakna yang tak mungkin Sunyi dapat harungi tanpa kalian di sisi Sunyi.
Tuesday, April 29, 2008
··¤(`×[¤salam kasih sayang¤]×´)¤··
··¤(`×[¤Buat Chii.. rindu banget deh ma kamu.. :P¤]×´)¤··
Monday, March 31, 2008
··¤(`×[¤tag dari Archiq¤]×´)¤··
Aiyak~ Sunyi di tagged lagi.. Kali ni tagged dr Archiq.. Archiq ni nak balas2 tagged ek? Hehe. Takpe takpe, sebab Sunyi ngah free Sunyi jawab tagged Archiq dan ini mungkin tagged @ entri terakhir dr Sunyi buat semua.. Buat Archiq “Kay dah jawab.. Hek hek~ ^_^”
1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.
Jawapan: Cinta dan kasih sayang
2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?
Jawapan: Sailormoon a.k.a Usagi
3- Kenapa superpower yang itu?
Jawapan: Kenapa Sailormoon? Sebab dia penuh dengan perasaan kasih sayang dan cinta..
4- Apakah kelemahan kamu? We're never b perfect right?
Jawapan: Terlalu menyayangi orang yang ada disekeliling sehingga terlupa untuk
menyayangi diri sendiri. T_T
5- Apakah nama superhero kamu?
Jawapan: Hm, let me think 1st.. Agaknya Ishikaru kut.. Bunyi cam sweet je.. Hehe ^_^
6- Motto superhero kamu pula?
Jawapan: Dengan kuasa bulan akan menghukummu.. Yeah~ ayat keramat si Sailormoon..
:: Ok~ done.. For Archiq, Kay dah siap jawab jangan lupa jawab tagged yg Kay kasi dulu yer.. Nak mekdi bley? Hihihi.. ::
Sunday, March 30, 2008
··¤(`×[¤salam akhir¤]×´)¤··
"Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergianku ini tak di rancang..
Usah di bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padanya..
Salam akhir salam teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masihku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan..
Salam ku yang terakhir..”
Salam buat semua yang selama ini sudi menjengah ke pondok Sunyi.. Time kasih Sunyi ucapkan kerana sudi membaca catatan Sunyi yang merapu kat dinding pondok ni.. Mungkin hari ini atau mungkin esok atau mungkin lusa hari terakhir Sunyi menjengah pondok Sunyi sebelum menyepikan diri seketika.. Bukan Sunyi sengaja tapi ada tanggungjawab yang perlu Sunyi lunaskan, ada amanah yang perlu Sunyi utamakan.. Kesekian kalinya Sunyi ingin memohon maaf pada semua seandainya Sunyi pernah menyakiti hati atau mengguris perasaan kalian semua melalui tulisan Sunyi atau komen-komen Sunyi.. Insya allah andai berkesempatan Sunyi akan menjengah lagi pondok ni esok atau lusa atau pada saat Sunyi berkesempatan untuk berbuat demikian. Buat semua, Sunyi doakan agar kalian semua sentiasa berada dalam limpah kurnia dan kasih sayang yang Maha ESA. Semoga kita diberi ketabahan menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH yang penuh dengan ranjau dugaan..
Salam Kasih Sayang tulus ikhlas dari lubuk hati,
Sunyi Sepi
Saturday, March 29, 2008
Friday, March 28, 2008
··¤(`×[¤10sion II¤]×´)¤··
Tensionnya otak..
Sakit kepala..
Adeh~ camne ni?
Menangis lagi aku..
Entah dah brape kali nangis nih..
Kalau ikutkan hati nak je tarik diri dari belajar..
Tapi macam mana harapan ayah dan bonda..
Dalam kepala ni macam-macam ada..
Mana nak fikir masalah adik, rumah, family n segala tanggungjawab yang sememangnya tergalas di bahu ni..
Argh!~
Wednesday, March 26, 2008
··¤(`×[¤tag dari Kak Ryn¤]×´)¤··
Watchaa~ Sunyi telah ditagged oleh Kak Ryn dengan alasan asyik sedih dan inginkan Sunyi ubah selera.. Hek hek.. Kak Ryn ni, ade2 jer.. Disebabkan tag sudah berada di tangan dan Sunyi pun tgh free maka dengan relanya Sunyi jawab la (jujur tau tak pilih2 lagu :D)..
:: INSTRUCTION :: - You guys kene menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan. Tetapi here’s the twist - You’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random / shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song <— arahan tak menahan..
1] If Someone Say “Is This Ok?” You Say?
LAGU: Harapan – Fazli Zainal
JAWAPAN: Sesungguhnya memang Sunyi sentiasa berharap semuanya OK..
2] What Would Best Describe Your Best Personality?
LAGU: Hanya Ingin Kau Tahu - Republik
JAWAPAN: Berkenalan lah dulu denganku.. Ahaks! ^_^
3] What Do You Like In A Guy / Girl?
LAGU: Budi Setahun Segunung Intan – Ahmad Jais ft Kartina Dahari
JAWAPAN: Based on Lyrics.. Sunyi menginginkan seseorang biasa-biasa saja.. Kerana sunyi cuma insan biasa.. Kekeke..
4] How Do You Feel Today?
LAGU: Tangisan Di Sisimu – Rafeah Buang
JAWAPAN: Wah.. Sungguh tekanan lagu ni.. Tak mo sedey2.. Tak mo nanes.. :(
5] What Is Your Life Purpose?
LAGU: Permata Yang Dicari – DeHearty
JAWAPAN: Insya allah.. Dengan Izin ALLAH..
6] What Is You Motto?
LAGU: Jatuh Cinta – Project Pop
JAWAPAN: Uish~ Benarkah itu motto diri ini? Untuk jatuh cinta? Adeih~ Teruk seh.. Hehehe
7] What Do Your Friends Think About You?
LAGU: Inspirasi Hati – DeHearty
JAWAPAN: Yang benar? Aduss~ sungguh terharunya Sunyi.. T_T
8] What Do You Think About Your Parents?
LAGU: Seribu Tahun – Imran Ajmain
JAWAPAN: Sesungguhnya Sunyi rela menunggu walau seribu tahun lagi asalkan dapat bersama ayah dan bonda.. Huhu, buat ayah dan bonda I Love You..
9] What Do You Think About Very Often?
LAGU: Hampir Ke Situ – Mendua
JAWAPAN: Setiap kali persoalan dalam otak ni hampir ke situ.. Situ tu mane eh? Hehe, jgn ingat Sunyi fikir notty2 ek.. Tadek makna nya..
10] What Do You Think About Bestie?
LAGU: Jadikan Aku Yang Kedua – Astrid
JAWAPAN: Aiyak~ Kena ke ek? Hurm..
11] What Do You Think Of The Person You Like?
LAGU: Wulan Merindu – Cici Paramida
JAWAPAN: Adakah dirimu merinduiku? Sesungguhnya wulan ini sedang merindu.. (Erk~ Chii pinjam lagu ni ek? Hehe)
12] What’s Your Life Story?
LAGU: Puteriku Sayang – Mestica ft Munif Hijjaz
JAWAPAN: Yeah~ Inginkan hidup seperti 'puteri' dalam lagu tu.. Boleh tak? :P
13] What Do You Want To Be When Grow Up?
LAGU: Di Luar Jendela – Rafeah Buang
JAWAPAN: Based on Lyrics, ingin menjadi bulan yang menyinar malam gelap.. Hope I can.. ^_^
14] What Do You Think When You See The Person You Like?
LAGU: Bila Dikasihi – Rafeah Buang
JAWAPAN: Uish~ Sume pun lagu evergreen neh~ Memang la ingin dikasihi ‘dia’. Hehe
15] What Do Your Parents Think Of You?
LAGU: Janjiku - DeHearty
JAWAPAN: Sememangnya ayah dan bonda menuntut janji Sunyi untuk berjaya. Wish me all da best.. Wewewewe..
16] What Will You Dance To At Your Wedding?
LAGU: A Moment Like This – Kelly Clarkson
JAWAPAN: Yeah~ Once in a lifetime..
17] What’s Your Hobby / Interest?
LAGU: Menghapus Jejakmu - Peterpan
JAWAPAN: Yah~ Itu dia hobi Sunyi.. Haha.. Agaknya jejak sape la yang Sunyi suka hapuskan untuk dijadikan hobi ek? Hek hek.. (juz kidding.. Takdenya hobi Sunyi menghapus jejak orang.. Huahaha)
18] What’s Your Biggest Fear?
LAGU: No Promises – Shayne Ward
JAWAPAN: Berjanji.. Walaupun bukan ketakutan yang terbesar tapi itulah ketakutan yang ngeri andai Sunyi tak mampu tunaikan janji Sunyi pada ayah dan bonda..
19] What’s Your Biggest Secret?
LAGU: Menunggumu – Peterpan ft Chrisye
JAWAPAN: Bilalah agaknya penantian itu berakhir yek? Alahai..
20a] What Do You Think About The Person Who Started This Tag?!!!
LAGU: Sembunyi – Misha Omar ft Andy Flop Poppy
JAWAPAN: Hep hep.. Mana mau pigi ha? Jangan nyorok tau.. Hehe ^_^
20b] What Do You Think About The Person Who Tagged You To Do This Entry?!!!
LAGU: Hampa – To’ki
JAWAPAN: Aduhai Kak Ryn cayang, adakah dirimu dalam kehampaan? T_T
Otey~ dah siap.. Sorry kak Ryn lambat jawab.. Pasal sedikit bz tadi.. Harap2 puas ati dengan jawapan Kay.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.. For this moment tak terasa nak mengetag sesape.. Tapi tangan ni lak gatal nak kasi nama..Hehe..
Oklah Sunyi serahkan tugasan ini kepada..
.:: Archiq ::.
.:: Kak Nana ::.
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Selamat meneruskan perjuangan pada yang ditagged. Kekeke ¤]×´)¤··


