..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Showing posts with label ··¤(`×[¤kalungan doa¤]×´)¤··. Show all posts
Showing posts with label ··¤(`×[¤kalungan doa¤]×´)¤··. Show all posts

Friday, March 28, 2008

··¤(`×[¤10sion II¤]×´)¤··

Photobucket

Tensionnya otak..
Sakit kepala..
Adeh~ camne ni?
Menangis lagi aku..
Entah dah brape kali nangis nih..
Kalau ikutkan hati nak je tarik diri dari belajar..
Tapi macam mana harapan ayah dan bonda..
Dalam kepala ni macam-macam ada..
Mana nak fikir masalah adik, rumah, family n segala tanggungjawab yang sememangnya tergalas di bahu ni..
Argh!~


Ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH. Sesungguhnya hamba-Mu ini hamba yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan dari-Mu. Ya Muhaimin, tabahkanlah hati ini untuk menghadapi dugaan-Mu. Hamba-Mu ini tidak mampu untuk menjadi seagung Maryam Jameelah, bukan juga secekal Zainab al-Gazali, jauh sekali setabah Fatimah Azzahra. Tentunya hamba bukan seindah pekerti Saidatina Khadijah, apa lagi semanis mulia Aisyah. Namun hamba pohon kekuatan seperti mereka, Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal ‘Alamin..”

Friday, March 21, 2008

··¤(`×[¤doa penghilang duka II¤]×´)¤··

Photobucket

Sungguh hati ini sedang pedih.. Hati ini sedang luka.. Terobek kerana cinta yang ku persembahkan untuknya.. Aku ingin menangis, namun tiada berair mata.. Aduhai hati tabahlah.. Cinta dunia itu tidak kekal lama.. Cinta ALLAH jua yang ku damba..

“Ya ALLAH, Ya Tuhanku! Aku ini adalah hamba-MU, anak hamba lelaki dan hamba perempuan-MU, semua ketentuan-MU akan berlaku pada diriku, Keputusan-MU adalah sangat adil buat diriku; aku minta kepada-MU dengan setiap nama-MU yang telah Engkau tetapkan sendiri buat diri-MU, atau melalui kitab yang Engkau turunkan atau melalui ajaran yang Engkau ajarkan kepada salah seorang makhluk-MU yang Engkau pilih, atau nama itu Engkau telah dahulukan dalam alam ghaib yang hanya ada di sisi-MU, kiranya Engkau dapat menjadikan Al-Quran itu pelipur hatiku, cahaya kalbuku, pelepas dukaku dab pelenyap kesusahanku. Amin”
Semoga hati yang terluka kerana cinta terhadap dia tidak menjejaskan cintaku terhadap-MU, Ya Muhaimin.. Kerana cinta-MU adalah sebenarnya CINTA..

Monday, January 21, 2008

··¤(`×[¤bersediakah kita¤]×´)¤··

Photobucket

‘Andai hidup punca perpisahan, biarlah kematian menyambungnya semula.. Namun andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup ini memberi erti yang nyata..’

Mati itu pasti. Suatu hari nanti setiap insan pasti melalui detik-detik kematian, baik meninggalkan ataupun ditinggalkan. Itulah lumrah yang pasti dilalui oleh setiap makhluk ALLAH SWT. Itulah hakikat dan kepastian yang kita harus lalui walaupun jiwa dan hati tidak pernah merelakan dan mengalukan. Namun akhirnya kita perlu pasrah dan redha atas kehendakNYA. Akan tiba suatu saat di mana denyutan nadi pasti akan terhenti bersama nafas yang tak mungkin terhela lagi. Saat itu berpisahlah jiwa daripada jasadnya, terputuslah hubungan duniawi dan bakal menemui alam akhirat alam abadi.

Namun bersediakah kita untuk menemuiNYA? Cukupkah bekalan yang bakal kita bawa untuk pergi mengadap Pencipta Yang Maha Agung? Atau kita masih belum bersedia untuk meninggalkan alam duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan di akhirat. Bersediakah kita untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan oleh para Malaikat ALLAH? Atau kita hanya merintih, menangis dan merayu agar ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita selama kita hidup di muka bumi ALLAH setelah kita melihat seksaan kubur yang maha dasyat? Bersediakah kita melihat kesedihan terukir pada seraut wajah Junjungan Mulia kita Rasulullah Saw? Sesungguhnya kitalah umat yang paling untung. Kitalah umat yang paling bertuah. Namun, sesungguhnya kita juga adalah umat yang terlalu banyak meminta namun kita jarang memberi. Dan seringkali juga ALLAH SWT menunaikan permintaan kita. Beruntungnya kita.

Ya Allah, betapa kami hambaMu yang lemah, kami tidak lepas daripada melakukan dosa. Godaan syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan kami agar langkah ini tercicir dari jalanMU, terpesong dari ajaran KekasihMU. Seringkali kami tersungkur di dada takdir, sering jua kami hampir hanyut dengan godaan syaitan yang menjanjikan kebahagiaan duniawi namun menghancurkan kami di akhirat kelak. Ya Allah, betapa daif dan hina diri ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Tetapkanlah hati kami pada AgamaMU, pada ajaran KekasihMU. Andai sudah tiba masa untuk kami pergi mengadapMU Ya Allah, matikanlah kami dalam Islam dan pertemukanlah kami dengan orang-orang yang soleh. Ya Tuhan kami! Engkau tidak menjadikan langit dan bumi ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, kerana itu lindungilah kami dari seksaan neraka. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau, siapa yang Engkau masukkan ke neraka, maka dia itu telah Engkau celakakannya, dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami mendengar panggilan orang yang memanggil kepada iman, lalu kami beriman. Kerana itu, Ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa kami dan tutupkanlah semua kesalahan kami serta matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami! Berikanlah kepada kami apa yang Engkau telah janjikan kepada para RasulMu, dan jangan Engkau celakankan kami nanti di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji.

Wednesday, January 9, 2008

··¤(`×[¤doa kekasih¤]×´)¤··

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami… agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku… kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…

Amin.. Ya Rabbal A'lamin...