Tuesday, January 15, 2008
Monday, January 14, 2008
··¤(`×[¤cinta¤]×´)¤··
Hati terusik sendu
Bergenang airmata di tasik kalbu
Menangisi kepergian rindu..
Mana perigi kasih,
Mana timba sayang,
Hilang dalam pekat malam
Ditelan oleh gelap kesedihan..
Menari tinta atas bingkisan jiwa
Mencoretkan cerita lara
Tentang sebuah cinta,
Tentang segumpal rindu
Yang terlindung di angin bayu
Mengharapkan mendung berlalu..
Sunday, January 13, 2008
··¤(`×[¤tinta hari ini¤]×´)¤··
Selamat malam. Bestnya tido sampai terbabas maghrib aku (adeh~ sungguh la tak senonoh). Huhu. Hm, nampaknya bertangguh lagi la keje aku nak mengecat bilik pasal hari ni aku keluar lagi, rela dalam terpaksa sebenarnya. Aceli, aku nak kuar sorang sebab nak beli novel tapi adik aku yang kecik tu beria-ia nak ikut. Nak tak nak terpaksa dalam rela la aku bawa dia. Not bad la, melayang la juga duit aku (not 5o tu.. Haru woo..). Yang nak beli novel aku (dah beli) tapi yang banyak dapat faedahnya adik aku. Adush~ kopak la aku kalau hari-hari macam ni. Belum lagi adik aku yang sorang tu balik cuti. Kalau yang sorang tu balik lagi satu pisau cukur kakak nombor satu Negara. Hik..hik.. Cukuplah aku dah ada dua orang adik macam ni. Kalau ada ramai, habislah.. botaklah kepala pakcik Kassim dok fikir tang mana nak cari duit banyak-banyak untuk anak-anak dia. Makcik Hasanah pun comfirm, confident, comfirmation, comfidential pecah otak nak turutkan kemahuan anak-anak dia (maklumlah bondaku yang tercinta. Sentiasa memahami hati anak-anak. Hehe.). Dan aku semestinya anda dan maggi aku pun senantiasa sakit jiwa dan raga sebab adik-adik asyik cakap “kak long minta duit. Kak long kan bank Negara.” Habis dan nayalah aku camtu.Kalau setakat diorang nak beli bahan bacaan atau yang bahan yang berkaitan dengan alat tulis ke, itu aku tak kisah. Lagi-lagi la bahan bacaan, bukan apa, tak kisah la apa buku yang mereka baca asalkan boleh membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mereka aku sanggup berhabis (tapi bukan buku-buku yang tak senonoh eh~). Hanya buku yang terpilih je. Yang tak terpilih tu sorry but not too sorry aku takkan beli punya. Mungkin sebab aku suka membaca so aku nak adik-adik aku pun suka membaca (contoh kakak mithali la konon :P). Neway, tadi adik aku yang bongsu tu memang kikis aku kaw-kaw. Nasib baik budget aku ada, kalau tak maunya aku jadi salesgirl kejap untuk langsaikan hutang aku. Huhu. Tapi apa pun aku puas hati sebab aku dah beli dua novel yang aku nak tu. Sebenarnya novel tu dah lama ada cuma aku tak beli lagi sebab nak tunggu review daripada kawan-kawan aku. So, sekarang aku dah dapat. Tinggal nak baca je lagi. Adik aku pun tadi beli novel remaja, tajuk dia ‘Konspirasi Doktor’. Oklah, good for him. Aku tak kisah pun sebenarnya tapi dalam keadaan kewangan aku yang tak stabil tadi menyebabkan aku berfikir nak turutkan semua kemahuan dia. Hehe. Oklah aku nak mandi pasal aku tak mandi lagi. Baru bangun tido ni :P.
Saturday, January 12, 2008
··¤(`×[¤catatanku¤]×´)¤··
Letihnya badan.. satu hari ni kemas bilik. Insya allah kalau takde masalah esok nak cat bilik. Cadang nak cat warna putih. Sejuk mata memandang. Dinding putih, cadar putih bunga merah halus-halus, langsir putih.. wah.. mesti syok. Hehe. Pastu pasal hiasan pula akan difikirkan macam mana, tapi rasanya nak kekalkan apa yang dah ada sekarang. Kalau tambah lagi takut tak macam bilik dah. Nanti jadi macam stor. Haha. Adeh~ tak sabar nak tengok hasilnya.
Tadi lepas siap kemas bilik mak lak bawa gi shopping barang dapur. Sakit otak aku tgk org ramai sangat kat mall. Ini yang aku malas nak keluar, bersesak-sesak kat tempat yang ramai orang buat aku nak migrain jer. Apa boleh buat la barang dapur dah habis dan ayah aku lak dah gi offshore balik. Kalau ayah ada kat umah alamatnya memang ayah la yang pergi temankan mak. Bukan aku tak suka nak temankan mak, tapi dah memang perangai aku suka duduk kat umah. Keluar pun hanya bila aku rasa betul-betul penting nak keluar dan ada benda yang aku nak beli. Lepas dah dapat apa yang dihajati apa lagi baliklah. Huhu. Tak kuasa nak lepak lama-lama kat mall. Nasib baik la bonda tercinta faham perangai anak dia yang sorang ni. So, bila mak nak keluar dia hanya akan tanya aku sekali je, kalau aku jawab tak nak ikut comfirm dia takkan tanya lagi (takde talian hayat okey. Hihi).
Ramai kawan aku cakap life aku membosankan. Yalah tak suka lepak kat mana-mana mall bila ada kelapangan, tak suka nak keluar window shopping ke, menonton wayang ke atau hang out dengan mereka semua. Well guys, I’m so sorry aku bukan macam tu. Kalau keluar pun aku hanya akan lepak kat kedai buku. Berjam-jam kat kedai buku pun aku sanggup. Asalkan aku tak bersesak dengan orang ramai yang ada kat shopping mall tu. Kat kedai buku takpe. Haha. Lagi satu tempat yang aku suka pergi selain kedai buku ialah gedung anak patung. Best, best. Suka tengok anak patung dan toys yang ada. Rasa macam nak jadi budak kecik balik. Hehe. Selain tu aku suka lepak kat tempat yang tak ramai orang cam pantai ke atau kat atas bukit. Dapat juga tenangkan otak dan segala apa yang berserabut dalam kepala ni. Selain tu dapat juga ilham (jiwang seh~).
Kalau lapar atau haus lepak la kat Dessert. Makan ice krim puas-puas. Hehe. Tak pun mengisi perut di Ipoh Town Kopitiam. Hehe. Kalau rasa malas nak keluarkan duit balik rumah masak sendiri. Itulah life aku. Bosan pada pandangan mata orang lain (bagi yang suka hang out) tapi indah pada pandangan mata aku sendiri. Duduk kat rumah mak aku tak risau, tak susah hati. Kan best tu.
··¤(`×[¤hati yang terluka¤]×´)¤··
* Bila kebisuan bermaharajalela.. hati dan jiwa mula berbicara.. sedetik cinta yang hadir mula berbisik bercerita tentang rindu dikalbu.. bercerita tentang kekecewaan dijiwa.. mendendangkan melodi cinta yang indah untuk didengar namun pedih andai tidak kesampaian dalam untaian cinta yang membara..
* Saat hati menganyam rindu.. saat jiwa menyimpul buih-buih menjadi untaian cinta.. saat bayu berbisik madah cinta yang membuat diri berada di awangan bahagia.. hadir derita bagai sumpahan murka pada sekeping hati yang rapuh.. lantaran bicara cinta ketandusan hikmatnya.. bisikan rindu hilang kesaktiannya.. hanya kecewa yang bertapak dihati.. hanya kesedihan yang menguasai jiwa.. butiran kristal yang berguguran menambahkan lagi kepedihan yang tercarik.. merobekkan lagi kelukaan yang terdampar.. pada pantai cinta yang dihempas gelora asmara..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.

