..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Tuesday, February 5, 2008

··¤(`×[¤award¤]×´)¤··

Photobucket

Terharunya hati ni.. first time dapat award.. award ni diberikan oleh kak ryn a.k.a airynnz.. thnx kak ryn.. time kasih banyak2 ye kak ryn.. lawanya award ni. ‘roses award for you... airynnz’ thnx again kak ryn.. sehingga tak terkata sunyi dapat award ni.. terharunya..


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Kepada yang sudi singgah di blog sunyi.. award ni sunyi dedikasikan untuk semua.. Moga-moga persahabatan kita kekal berpanjangan.. Insya allah¤]×´)¤··

··¤(`×[¤10sion¤]×´)¤··

Photobucket

Huhu.. mata aku ngantuk sangat2..
Tidur tak cukup..
Tempahan lak banyak giler..
Otak lak rasa letih sangat2..
Hari ni aku asyik nak marah je..
Sesape yang call aku cakap merapu-rapu aku sembur..
Ni sume pasal aku tension,
Adeh~ tensionnya aku..
Aku nak tidur.. nak rehat.. tapi takleh gak..
Keje banyak.. huwaa..


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Kenapa aku perlu tension ek? Abaikan jelah..¤]×´)¤··

Monday, February 4, 2008

··¤(`×[¤pesona wanita¤]×´)¤··

Photobucket

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sunday, February 3, 2008

··¤(`×[¤life is¤]×´)¤··

Photobucket

A very good reminder to all of us and myself..

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kekadang kita perlukan PERINGATAN... Jadi selalu-selalu lah kita ingat mengingatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi.. Wallahhualam..

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT.. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.. Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.. lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

Dia mungkin didenda.. atau,


Suratnya masuk tong sampah..

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa.. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT.

Saturday, February 2, 2008

··¤(`×[¤coretan cinta¤]×´)¤··

Photobucket

‘Andai engkau mencintai seseorang, cintailah dia kerana dia adalah dirinya.. Bukan kerana engkau mahukan dia seperti yang engkau inginkan dirinya.. Karna cinta itu tidak pernah kekal lama.. Andai engkau mencintai seseorang, cintailah dia kerana ALLAH SWT.. Jangan kau biarkan cintamu padanya melebihi cintamu kepada ALLAH SWT.. Sesungguhnya cinta abadi itu milik ALLAH SWT..’


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Cinta itu indah bila kita bercinta kerana ALLAH SWT, namun derita bila kita memperhambakan diri kepada cinta dunia melebihi cinta kita kepada ALLAH SWT.¤]×´)¤··

Friday, February 1, 2008

··¤(`×[¤kenangan¤]×´)¤··

Photobucket

Dalam meniti usia yang berjalan
Ku temui kenangan semalam
Alangkah indah dalam ingatan
Ingin ku kembali ke masa silam
Mengayam segala kebahagiaan
Bersama insan yang ku sayang..
Menyemai benih kasih
Yang kian bercambah
Dalam sebidang hati ini..
Sungguh masa lalu
Menggamit kerinduanku
Mengusik tasik kenanganku..
Menjadikan aku perindu sunyi
Yang melalui liku hidup yang sepi..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.