..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Friday, February 15, 2008

··¤(`×[¤inspirasi dehearty¤]×´)¤··

Photobucket

Mendengar lagu 'inspirasi hati' nyanyian kumpulan dehearty mengingatkan aku kepada seorang insan yang banyak memberiku nasihat dan tunjuk ajar.. yang begitu sabar melayani kerenah diriku disaat-saat insan lain hampir berputus asa terhadapku.. yang banyak mendorong diriku disaat-saat diri ini hampir tersungkur di dada kekalahan.. dialah insan yang membawa ibuku ke dunia ini.. insan yang sanggup berkorban apa saja demi anak-anak dan cucu-cucunya..


Inspirasi Hati - DeHearty

Kasih kaulah inspirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

*Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

**Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Repeat *, ** & **

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku


Takkan luput dari ingatanku..


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: rindunya pada arwah opah (sebelah mak).. walaupun dah 4 tahun opah pergi, bagaikan masih terasa kucupan sayang di dahi ni.. masih terngiang suara opah menasihati cucu dia yang paling manja dan nakal ni.. masih terasa tangan opah yang lembut mengusap pipi ni.. rindunya pada opah..¤]×´)¤··

Photobucket

(Sekadar hiasan)


Andai mampu ku ulang waktu
Pasti ku ingin lagi bersamamu..
Andai mampu ku tahan masa
Pasti aku biarkan detik bersamamu..
Sungguh aku rindu
Pada kucupan kasihmu,
Pada belaian mesramu,
Pada elusan lembutmu di pipiku,
Pada sebening wajahmu
Yang menenangkan jiwaku..
Sesungguhnya kau insan istimewa
Di hatiku..
Tiada yang bisa menggantikanmu
Kerana kau ratu di jiwaku,
Ratu hati ibuku untuk selamanya..

.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤thanx banget¤]×´)¤··

Photobucket

Salam buat semua.. sunyi dapat award lagi.. kali ni dari chii.. walaupun baru menapak dalam dunia blog ni sunyi dah dapat dua award.. terharunyanya.. time kasih chii.. semoga persahabatan yang terjalin berkekalan dan berpanjangan (insya allah)..

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: sesungguhnya hidup ini penuh dengan kejutan dan persoalan.. kerana itulah yang menyerikan lagi perjalanan yang entah bila akan sampai ke garisan penamatnya..¤]×´)¤··

Thursday, February 14, 2008

··¤(`×[¤kalungan cinta buatmu¤]×´)¤··

Photobucket

Cinta itu indah, bila kita bahagia kerananya dan cinta itu menyiksakan bila kita derita kerananya.. cinta itu banyak definisinya, ada yang menganggap cinta ibarat air yang sentiasa mengalir.. ada yang menganggap cinta ibarat mentari yang sentiasa menerangi.. ada yang menganggap cinta ibarat bintang yang seringkali menemani malam.. ada yang menganggap cinta ibarat pantai dan ombak yang setia bersama.. walau sekeras mana, walau sedahsyat mana, walau sekuat mana pun ombak memukul dan menghempas namun pantai tetap setia menanti.. biar permukaannya berubah bentuk namun ia tetap rela menerima kunjungan ombak yang tak pernah pergi meninggalkan pantai..

namun bagi diriku, cinta itu ibarat roda yang berjalan bersama kehidupan. Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan kita perolehi.. dan kadang-kadang apa yang kita cuba elakkan itu yang akan kita dapat. Cinta itu ibarat sungai yang ada pasang surutnya.. tak selamanya indah dan tak selamanya bergelora.. dan cinta itu anugerah ALLAH SWT pada hambanya.. itulah cinta dan kasih sayang.. kerana cinta kita lahir ke dunia dan kita membesar bersama cinta.. kerana cinta juga kita dewasa, kerana cinta kita kadangkala berdusta, kerana cinta kita gembira, kecewa, berduka, sedih, gembira, alpa. Dan kerana cinta ada dalam hati kita..

Happy valentine’s day pada mereka yang menyambutnya.. buat semua insan bernama ibu, happy "love's" day.. tak ada siapa yang bisa menggantikan kasih sayang seorang ibu.. walau dihampar dengan cinta yang seluas lembaran dunia sekalipun takkan sama dengan cinta seorang ibu, kasih sayangmu, pengertianmu, nasihatmu, belaianmu, pujukkanmu buat anakmu sejak "kami" tercipta di dalam rahim mu.. buat dirinya yang ada di hatiku, ku doakan semoga hubungan kita mendapat redha ILAHI dan semoga berkekalan hendaknya.. semoga ada jodoh di antara kita (dengan izin ALLAH SWT).. ku doakan semoga dirimu berada dalam kebahagiaan.. salam sayang dariku untukmu yang kini bertapak di sudut hatiku..

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: baru je entri tadi sunyi cakap takde catatan untuk hari ni.. alih-alih ada la pula.. hehe..¤]×´)¤··

··¤(`×[¤chocolate cake¤]×´)¤··

Photobucket
Hari ni takde yang special n hari ni takde catatan yang G-WANG daripada sunyi untuk tatapan pengunjung blog sunyi.. sebab hari ni sunyi bizi wat kek lagi.. hari ni sunyi wat ‘old fashioned chocolate cake’ n ‘chocolate fruit cake’. Yummy~ meleleh air liur ni.. tak sabar nak tunggu kek tu masak n siap dihiaskan dengan chocolate topping.. marveles, fully chocolate lak tu.. hehe..

Wednesday, February 13, 2008

··¤(`×[¤persahabatan itu¤]×´)¤··

friends

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.. Saat tangan terluka, mata menangis.. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.. Persahabatan itu seperti mulut dengan telinga.. Saat mulut tidak bisa berkata, telinga tidak bisa mendengar.. Saat mulut berbicara, telinga mendengarnya..

Monday, February 11, 2008

··¤(`×[¤sepi sebuah tinta¤]×´)¤··

Photobucket

Memandang sepi sebuah tinta
Sesepi hatiku yang kosong
Sesunyi pantai
Yang tak berpenghujung..
Siapa dia di hatiku?
Siapa aku di hatinya?
Kenapa cinta ini hadir
Menggoncang tangkai hatiku..
Ingin ku lontar perasaan ini
Jauh dari hatiku..
Tapi aku tak bisa,
Kerana namanya telah terukir indah
Di sudut hatiku ini..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.