..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Wednesday, February 20, 2008

··¤(`×[¤janji cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Aku tahu..
Ada cintamu di setiap hela nafasku
Aku sedar..
Ada rindumu di setiap langkahku
Aku mengerti..
Ada ketulusan mendampingiku
Semua itu aku rasakan dari gerak hatimu
Kau selalu sabar untuk bisa membahagiakan
Kau tak pernah ingkar dalam kesetiaan
Tak mungkin ketemukan cinta seindahmu
Kupegang janji
Untuk tetap setia kepadamu
Mencintaimu di setiap hela nafasku
Merinduimu di setiap langkahku
Setulusnya mendampingi hatimu..


.::tinta pena Seorang Insan::.

Tuesday, February 19, 2008

··¤(`×[¤tinta buat dirimu II¤]×´)¤··

wedding

Buat bakal Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama-sama membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..

Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan angkatan-angkatannya.

Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..

Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..

Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan teindah dalam hidupmu..

Monday, February 18, 2008

··¤(`×[¤6 perkara ALLAH sembunyikan¤]×´)¤··

Photobucket

Salam semua.. hari ni sunyi nak kongsi sesuatu dengan mereka2 yang sudi singgah dan membaca entri2 yang terdapat dalam teratak sunyi yang tak seberapa ni.. buat semua, selamat membaca dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan ILAHI.. amin..

6 perkara ALLAH sembunyikan..

ALLAH SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan ALLAH menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah AKU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling AKU cintai, namanya ‘Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu AKU lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada ALLAH untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari ALLAH SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya TuhanKU apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* ALLAH SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* ALLAH SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.¤]×´)¤··

··¤(`×[¤cinta itu¤]×´)¤··

Photobucket

Cinta Itu Tidak Memerlukan Sebarang Syarat.. Cinta Itu Adalah Apabila Kita Dilihat ‘Cantik’ Dimata Org Yg Menyintai Kita Ketika Org Lain Tidak Tahu Di Mana Letaknya Keistimewaan Kita..

Cinta Itu Juga Adalah Suatu Keinginan Untuk Melihat Org Yg Kita Cintai Itu Bahagia Dan Gembira Walaupun Dia Sendiri Tidak Menyedari Akan Kewujudan Kita.. Adakalanya Kita Begitu Mencari Cinta Yg Jauh Sehingga Terlupa Akan Cinta Yg Sebenarnya Selama Ini Ada Dihadapan Kita.. Memberikan Segala Sokongan.. Mengambil Berat Akan Hal Kita.. Tapi Sudah Menjadi Adat Manusia…Yg Jauh Asyik Teringat.. Yg Ada Di Depan Mata Langsung Tak Terpikat..

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain.. Tetapi Menjadi Diri Sendiri.. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.. Jika Dia Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita.. Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..

Sunday, February 17, 2008

··¤(`×[¤rahsia cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Acap kali
Terasa ingin dibelai manja,
Tetapi tiada siapa di sisi..
Ingin disayangi
Tapi pada siapa harus ku curah
Rasa sayang ini?
Sesekali terasa ingin dimiliki
Namun diri ini milik siapa sebenarnya?
Lumrah percintaan;
Ada cerita duka dan ceria,
Semuanya sering menyinggah..
Kuatkah kita menghadapi dugaan?
Betulkah kita tidak pernah goyah
Andai prasangka dan cemburu menerpa?
Mahligai cinta..
Memuatkan momen-momen bahagia,
Sengsara, suka dan duka..
Antara kejujuran dan pura-pura,
Antara keikhlasan dan pendustaan,
Ada cinta yang terhalang..
Ada rindu yang tercicir..


.::tinta pena Syawal a.k.a Shah::.

Saturday, February 16, 2008

··¤(`×[¤ayat-ayat cinta II¤]×´)¤··

Photobucket

Ketika kekuatan cinta itu datang apapun penghalang semua akan dilalui, sekalipun mengorbankan nyawa kita.. ~anonymous~

..Cinta tanpa kasih tiada artinya namun cinta tanpa pengorbanan tiada gunanya..