..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Friday, July 29, 2011

··¤(`×[¤detik 3.17 a.m¤]×´)¤··

airmata ini mengalir lagi.. tapi untuk apa aku sendiri kurang pasti.. seringkali juga airmata ini menjadi teman setia saat aku merasakan kesakitan di dalam hati.. "Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH.. sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan batuan daripada-Mu.."

aku tahu ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas mampu, tapi kadang kala aku merasakan aku tidak cukup kuat.. hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah dengan dugaan yang bertindan.. teman rapatku berkata "ALLAH menguji kita kerana kita makhluknya yang teristimewa.. kita insan terpilih, kerana ALLAH menyayangi kita maka DIA memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini berat.. Alhamdulillah seandainya dengan ujian yang DIA berikan aku mampu mendidik hati agar terus cekal dan tabah.. namun kadangkala aku hampir kalah, hampir tersungkur saat aku diuji dengan ujian yang aku kira sangat berat.

seringkali aku cuba mententeramkan orang lain agar redha dan tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan namun bila aku sendiri yang diuji aku hampir kalah dengan hasutan-hasutan iblis laknatullah yang memang sentiasa ingin memesongkan dan meruntuhkan iman manusia. bukankah syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya pernah berjanji akan berusaha untuk menyesatkan anak-anak adam dan hawa hingga saat roh berpisah dari jasad.. sungguh aku tidak mahu menjadi hamba ALLAH yang seumur hidupku hidup dalam laknat ALLAH.. aku tidak mahu menjadi makhluk yang tidak pernah mahu berterima kasih kepada Penciptanya.. aku tidak mahu menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.. aku tidak mahu seperti itu..

aku mahu menjadi hamba yang sentiasa berada di dalam redha dan rahmat ALLAH.. yang sepanjang hidupku di bawah lembayung kasih Sang Pencipta, yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberian-Nya.. tapi mampukah aku untuk menjadi seperti itu?

Sunday, July 3, 2011

··¤(`×[¤hari ini punya cerita¤]×´)¤··

Salam semuanya.. Lama dh sunyi tak update blog.. Lately, sunyi agak bz ngn tempahan.. Kalau dulu sunyi jobless, kemudian jd pelajar, sekarang sunyi jobless yg less job tp ade job.. Hehe.. Merapu nye aku..

Oklah hari ni sunyi nk story mori sikit.. Pagi tadi on my way back home, i had an accident.. Ouh dear, sooooo kesian my baby.. Pipi nbibir kiri dia kemek.. Dah la br tukar mata baru dh rosak balik.. Adoi... Alhamdulillah sunyi masih bernyawa lagi.. Semuanya atas kehendak Allah.. Syukur alhamdulillah..

Dan kebetulan hari ni pulak befday my beloved tapi malangnya dia merajuk ngan sunyi.. Mungkin salah sunyi sebab terkadang sunyi bizi smpikan sunyi tak sempat nak sms dia..

Neway pada couple yg di luar sana.. Hargailah pasangan masing-masing ye.. Kalau pun nak merajuk berpada-pada la.. Hidup ni kena adil.. Seseorag pernah berkata sentiasalah kita menggembirakan dan menyenangkan orang lain insya Allah akan sentiasa membantu kita.. tapi nak gembirakan orang pun tengok la keadaan ye.. Salam ahad semuanya.. Thnx kepada sesiapa yg sudi menjengah blog sunyi ni..


Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan apa yang aku perbuat dan dari kejahatan semua yang punya kejahatan, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua.. Amin..¤]×´)¤··

Friday, April 15, 2011

Monday, April 11, 2011

··¤(`×[¤Salam¤]×´)¤··

Assalamualaikum buat semua..

Sekian lama sunyi menyepikan diri dari dunia blog, baru hari ini sunyi rasa ingin memulakan semula dunia blog.. Dulu sunyi pernah secara rasminya meletak jawatan dari dunia blog, tapi Nampak gayanya sunyi ingin kembali menjadi blogger..

Saban hari sunyi melayari blog teman yang lain dan ada juga di kalangan teman sunyi meminta sunyi kembali dalam dunia blog.. Jadi sunyi rasa tiada salahnya sunyi memulakan kembali apa yang pernah sunyi tamatkan dulu.. Sunyi rasa cukup sampai di sini dulu catatan untuk permulaan sunyi yang baru..

Salam kasih sayang

Sunyi Sepi

-11 April 2011-

-13:36-

Friday, April 2, 2010

··¤(`×[¤hati¤]×´)¤··

salam ukhuwah salam sunyi buat semua yang masih lagi sudi menjengah ke pondok sunyi yang dah tak macam pondok pun.

sunyi sendiri tak pasti apa yang sebenarnya ingin sunyi coretkan di sini.

macam yang pernah sunyi katakan dulu.. terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup sunyi.. ade suka ade duka.. yang paling banyak duka.. sunyi tahu kadang2 ALLAH menduga hambanya dengan memberi ujian pada mereka.. tapi entah, sunyi kadangkala tak kuat..

entahlah.. ape yang harus sunyi coretkan lagi.. sunyi sendiri dah kehabisan ilham.. untuk menceritakan masalah yang menimpa diri sunyi di sini memang tak akan sunyi lakukan.. melakukannya sama seperti sunyi melarikkan luka dalam hati sunyi..

Wednesday, February 24, 2010

··¤(`×[¤kosong... sekosong hatiku kini..¤]×´)¤··

Salam ukhuwah salam pembuka bicara. Sekian lama ruang ini bersawang tanpa pernah sunyi menjenguknya. terlampau banyak kisah yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni.
Nak diluah mati mak nak ditelan mati bapak. Memang betul-betul seperti telur di hujung tanduk.

Kalau ikut hati yang tak sabar atau hati yang di rasuk amarah dengan hasutan syaitan yang direjam pasti sunyi dah lama menamatkan riwayat hidup sunyi. Entah ape lah yang sunyi merapu ni kan. Entahlah, macam mana sunyi nak coretkan di sini. Tunggulah ada masa yang sesuai akan sunyi coretkan jugak di dinding pondok sunyi yang kian bersawang ni. Buat masa sekarang biarlah sunyi pendam dulu segalanya di lubuk hati ni..