..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Friday, October 21, 2011

··¤(`×[¤salah akukah..¤]×´)¤··

Assalamualaikum buat semua.. Sedihnya hati hanya ALLAH saja yang tahu.. Ya ALLAH ujian apakah yang Engkau berikan pada hamba kali ini Ya ALLAH.. Sakit sungguh rasanya, perit yang teramat.. Aku tidak pernah meminta mereka bercerita kepada ku, apatah lagi bertanyakan masalah rumahtangga yang mereka alami. Tapi kenapa harus aku yang dipersalahkan? Sedangkan selama ini mereka yang beria-ia mencurahkan segalanya padaku. Mereka minta aku untuk mendengar keluh kesah mereka. Tapi kenapa harus aku yang dikaitkan? 

Selama ini aku ikhlas meminjamkan telinga aku untuk mereka. Aku pinjamkan bahu aku supaya mereka dapat bersandar. Aku sedar tidak seharusnya aku mencampuri urusan rumahtangga mereka. Tapi aku tidak pernah meminta apa lagi mempromosikan diri untuk menjadi pendengar setia. Tidak! mereka yang datang kepadaku untuk berkeluh kesah. tapi kenapa aku yang mereka persalahkan?

Sebenarnya aku tidak layak untuk menjadi pendengar masalah rumahtangga mereka. Aku sendiri belum pernah mengalami hidup berumahtangga. Tapi kenapa aku juga yang mereka jadikan sebagai tempat untuk berkeluh kesah.. Buntu aku memikirkan nya. 

Sejak hari pertama adik saudaraku bercerita perihal masalah rumahtangga abangnya aku sudah mula merasa kurang enak. Tetapi mendengarkan tangisan adik saudaraku yang hiba menjadikan aku tidak sampai hati membiarkan kesedihan terus menyelubunginya. Tidak sepatutnya dia yang mengalirkan airmata. Aku tidak rela andai hatinya terluka. Kerana rasa kasih yang menggunung aku bersedia menjadi telinga buatnya. Ya ALLAH kenapa harus dia yang menanggung kesedihan itu.. Sepatutnya abang saudaraku lah yang bijak menangani masalah rumahtangga nya sendiri. Dia sudah bergelar suami, pemimpin rumahtangga. Sepatutnya sebagai nakhoda dia yang menentukan perjalanan bagi pelayaran itu. Bukan aku, bukan ibunya dan bukan juga adiknya.

Aku masih ingat lagi saat sebelum dia mengambil keputusan untuk bernikah, aku pernah bertanya kepadanya sudah bersediakah dia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Bersediakah dia menerima kekurangan dan kelemahan bakal isterinya? Bersediakah dia menerima keluarga mertuanya? Mampukah dia mendidik isterinya menuju jalan yang diredhai? dengan penuh keyakinan dia berkata bahawa dia sudah bersedia. Ku katakan lagi kepadanya nikah kahwin bukan lah perkara yang boleh dibuat main, kalau hendak ambik, kalau tak nak campak macam kain buruk. Perkahwinan ini untuk seumur hidup Insya ALLAH. Bukannya hari ini kahwin, esok lusa kalau dah bosan bercerai. Dan sekali lagi dengan yakin dia menjawab bahawa dia sudah siap dengan segala rintangan yang bakal dia tempuhi. Tapi ternyata akhirnya setiap apa yang dia katakan tidak ubah seperti angin lalu.

Usia perkahwinan yang belum pun sampai setahun bakal menemui titik penamatnya. Salah siapa? Dia menyalahkan isterinya kerana tidak pandai masak segala bagai, tapi kenapa sebelum berkahwin kemungkinan itu tidak dia fikirkan? Katanya lagi isterinya malas, tapi kenapa masa bercinta semua itu dia tidak pedulikan? Kenapa setelah melangkah ke gerbang perkahwinan baru semuanya timbul? Sebagai ketua sepatutnya dia tahu apa yang harus dia lakukan. Bukannya menjadi anak emak yang sedikit masalah saja asyik mak, mak, mak dan mak. Mak ini, mak itu dan segala bagainya mak! 

Si isteri pulak kenapa sebelum berkahwin tidak mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri? Kalau sebelum berkahwin kita biasa makan di luar, bila dah berkahwin sila la masak untuk suami. Jagalah makan pakai minum suami dan begitulah sebaliknya. Ini tidak, perkahwinan dianggap gelanggang permainan. Akhirnya si adik mengadu padaku, si isteri pun sama. 

Kalau hanya si adik aku masih tidak kisah kerana aku tahu keluh kesah itu tidak sampai ke mana. Tapi bila si isteri yang membuka pekung di dada, aku jadi serba salah. Hendak ku reject aku menghormati dia sebagai seorang kakak, nak ku layan aku takut aku di cop sebagai penyibuk. Akhirnya aku biar dia bercakap seorang diri. Handphone aku letakkan di tepi. Biarlah dia berkeluh kesah asal aku tidak mendengarnya. Walaupun begitu sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya aku dijadikan mangsa. Saat dia bergaduh dengan suaminya, dia katakan aku yang bercerita kepadanya tentang apa yang berlaku. Padahal sebaliknya yang terjadi. Dia mendengar pihak lain yang bercerita dan dia mengkhabarkannya padaku tapi aku tidak mendengarnya. Tapi dia??? Tergamaknya dia menghancurkan perhubungan aku dengan abang saudara ku. Mungkin kami lahir dari rahim yang berbeza tapi susu yang mengalir dalam badan kami asalnya dari satu sumber. Ibuku, ibuku, ibuku..! 

Sungguh aku tidak menyangka dia akan melakukan itu. Kalau la aku tahu pasti aku tidak menjawab panggilan telefonnya. Pasti aku biarkan saja dia menangis seorang. Pasti aku biarkan saja dia meratapi nasib dirinya. Tapi kerana rasa hormat dan simpati yang melimpah aku jawab juga. Tapi kini, abang ku hilang kepercayaan pada diriku. Aku dikatakan penyibuk, suka masuk campur hal rumahtangga orang. Padahal aku sendiri tidak tahu apa yang kakak iparku khabarkan padaku. 

Ya ALLAH kenapa ujian ini yang hamba terima Ya ALLAH. Hamba tidak kuat Ya ALLAH. Ya ALLAH jangan Engkau uji hamba melebihi batas kemampuan hamba Ya ALLAH. Hamba takut hamba tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Ya ALLAH hamba mohon dari secebis Kebesaran Kasih SayangMu Ya ALLAH andai ini ujian yang harus hamba terima, Engkau tabahkanlah hati hamba dalam menerimanya Ya ALLAH. Berilah hamba kekuatan untuk mengharunginya Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku. Tabahkanlah hati hamba Ya ALLAH. Ampunilah hamba sekiranya dengan menjadi telinga buat saudara hamba itu suatu kesalahan Ya ALLAH. Hamba tidak bermaksud untuk mencapuri urusan rumahtangga mereka. Hamba cuma tidak mampu mendengar tangisan adik saudara hamba. Hamba menyayanginya selagi hayat masih ada..