..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Sunday, June 29, 2008

··¤(`×[¤'tagged' dr kak nana¤]×´)¤··

Mungkin u all ada yg dah pernah jawab soalan2 ni...tp takpe, leh cuba jawab lagi..maybe jawapannya berbeza dari sebelum ni...hehehe...just try okey...

1. Orang yang BAIK adalah..

Jawapan: Orang yang berbuat baik pada diri sndr sblm orang lain.

2. SAHABAT selalunya..
Jawapan: Orang yang selalu menegur kala kita melakukan kesalahan.

3. MenCINTAI adalah..
Jawapan: Perasaan yang lahir dari hati

4. Putus CINTA bila...
Jawapan: Perkara yang boleh buat kita menangis [memang sakit (T_T)]

5. DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
Jawapan: Lupa dunia.. Shopping sakan utk my lil’ bro n sis.. hehe

6. Saya RINDU..
Jawapan: Rindu arwah nenek2, atuk2, kakak2 n adik..

7. Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
Jawapan: Entah la tak pasti.. Yg pasti MMA.. =P

8. Bila saya DIKHIANATI...
Jawapan: Berlagak tenang smpi pengkhianat pula rasa bersalah (Ego sebenarnya.. Tak nak org tau sy sedih. Huhu)

9. Saya pilih BUNGA apabila...
Jawapan: Memang dah suka bunga pun. Haha

10. Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
Jawapan: 1. Yang Maha Esa
2. Bonda, ayah, arwah nenek2 n atuk2 n adik2 sy..
3. ‘Dia’ yang sy sayang.. Auww.. (muka mewyah.. Tapi sape 'dia' tu eh? Masih belum ada kepastian)

11. Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
Jawapan: Sy bdk paling nakal n kakak yg ska buli adik sbb sy sayang dia.. Hehe (boleh ek camtu?)

12. Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
Jawapan: Sy kecewa dgn teruknya..

13. Saya MENANGIS bila...
Jawapan: Sy tak mampu nak membendung air mata (usually dlm bilik sy)

14. CANTIK pada kacamata saya…
Jawapan: Bila dia yakin dirinya itu menarik..

15. Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya melainkan...
Jawapan: Melihat ayah, bonda n adik2 sy tersenyum..

16. Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
Jawapan: Sambung bljr sejurus lepas SPM, bukan goyang kaki.. :(

17. Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
Jawapan: Pipi sy akan sakit sebab asyik tersenyum.. Tp pahala bertambah sebab senyum tu sedekah (itupun kalau ikhlas.. Hehe)

18. Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
Jawapan: 1. Ayah dan bonda (Krn mrk sy wujud hari ni. Krn mrk sy membsr dgn sempurna)
2. Adik perempuan dan adik lelaki sy (Mrk sumber kebahagiaan sy)
3. Arwah atuk2 n nenek2 sy (Mrk pengubat duka dan lara)

19. Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
Jawapan: 1. Semua yg di atas (wajib!)
2. Bantu mak uda sy agar kehidupan dia stabil
3. Bw seluruh ahli keluarga dan sedara mara sy menunaikan fardhu haji
4. Bw seluruh ahli keluarga sy melancong
5. Sedekahkan kpd anak2 yatim, fakir miskin dan pd sesiapa sj yg memerlukan.

20. Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti…
Jawapan: Berusaha, tidak mudah putus asa dan lakukan segalanya krn ALLAH SWT

21. Warna yang memberi saya INSPIRASI...
Jawapan: Biru, putih, ungu dan hijau

22. Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
Jawapan: Duit boleh mengubah hidup seseorg (am I rite?)

23. Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…
Jawapan: 1. Nenek pergi tanpa sy disisi (sedih sgt sbb saat2 akhir nenek still cari cucu dia yg nakal ni
L)
2. First time sy ucapkan ‘happy father’s day’ pada ayah.

24. Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…
Jawapan: 1. Bila bersms-ing dgn Mr. ‘SMS’ (Hehe.. Agaknya dia tau tak sape dia ek?)
2. Bergurau senda n borak ngn bonda.. (Ngee
:D)

25. Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
Jawapan: Menyanyi ape je lagu yg terlintas kat dlm otak.

26. Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
Jawapan: Sy akan doakan semoga dia bahagia walaupun kebahagiaan itu tdk melibatkan diri sy..

27. Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
Jawapan: Dapat berkumpul ramai2 dgn sepupu n mak2 sedara sy setelah berpisah 3 bln (Sy kan bljr)

28. Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
Jawapan: ‘Aku, Dia, Kamu dan Mereka’ or ‘Inspirasi Hati’

29. Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
Jawapan: Membahagiakan ayah dan bonda, adik2 dan semua saudara mara sy. Sy juga ingin memohon maaf sekiranya sy melakukan sesuatu yg menyakit, mengecilkan atau sebgnya kpd sesiapa je. Sy Cuma insan biasa yg tak lepas dr melakukan kesilapan.

30. Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
Jawapan: Tersgtlah blur tp seronok n sikit sedih sbb ada beberapa perkara buat sy sedih.. Ape pun sy ttp gembira.. Hehe


:: Coretan Sunyi Sepi: Buatmu kak nana ku sayang, maaf sebab kay lambat jwb tag ni. Dan kalau kak nana membaca blog ni, kay doakan kak nana bahagia selalu walau di mana kak nana berada. Sayang kak nana sgt2. Nw Sunyi nak pas tag ni pada ::

Archiq (Jawab tau =p)
Mr Am (Salam perkenalan Sunyi hulurkan)
Chii [Gue rindu banget ma kamu.. Hati ni sedey sgt..
(T_T)

Tuesday, June 24, 2008

··¤(`×[¤Salam Ukhuwah¤]×´)¤··

Photobucket

24 June 2008

Welcome home, welcome back.. Yeah~ akhirnya Sunyi kembali lagi ke tempat ini.. Rindu rasanya nak menatap wajah bonda.. Rindu belaian mesra bonda dan yang paling Sunyi rindu sangat ialah keriuhan di rumah..

Ku tatap wajah malam
Tenang dengan keindahan
Sesekali ku dakap bayu yang berpuput..
Teringat aku pada dirimu
Yang jauh di sana
Yang tiada mampu ku tatap dalam jaga
Jua dalam lena..
Kerinduan yang menerpa
Menggamit gelora di jiwa
Menyentuh gelodak asmara..
Pada insan yang bernama bonda
Demi sebuah harapan ku gagahi jua
Demi sebuah impian ku capai cita
Lataran ada hati pernah terluka
Saat aku mencalar sebuah jiwa
Saat aku melarik segaris luka
Pada sekeping hati
Yang mendamba sejuta cerita bahagia..

Pada bonda dan ayah tercinta.. Sunyi pohon sejuta keampunan dan kemaafan kerana Sunyi pernah menghadiahkan sebuah luka pada sekeping hati yang sentiasa mencintai, menyayangi, melindungi dan membahagiakan Sunyi. Yang telah memberikan Sunyi sebuah kehidupan yang paling bermakna yang tak mungkin Sunyi dapat harungi tanpa kalian di sisi Sunyi.