Tuesday, September 2, 2014
··¤(`×[¤Tentang Dia¤]×´)¤··
Friday, October 21, 2011
··¤(`×[¤salah akukah..¤]×´)¤··

Friday, July 29, 2011
··¤(`×[¤detik 3.17 a.m¤]×´)¤··
Friday, April 2, 2010
··¤(`×[¤hati¤]×´)¤··
salam ukhuwah salam sunyi buat semua yang masih lagi sudi menjengah ke pondok sunyi yang dah tak macam pondok pun.
sunyi sendiri tak pasti apa yang sebenarnya ingin sunyi coretkan di sini.
macam yang pernah sunyi katakan dulu.. terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup sunyi.. ade suka ade duka.. yang paling banyak duka.. sunyi tahu kadang2 ALLAH menduga hambanya dengan memberi ujian pada mereka.. tapi entah, sunyi kadangkala tak kuat..
entahlah.. ape yang harus sunyi coretkan lagi.. sunyi sendiri dah kehabisan ilham.. untuk menceritakan masalah yang menimpa diri sunyi di sini memang tak akan sunyi lakukan.. melakukannya sama seperti sunyi melarikkan luka dalam hati sunyi..
Sunday, October 4, 2009
··¤(`×[¤salam ukhuwah¤]×´)¤··
03.10.2009 saturday
semalam sunyi jumpa dia yang sunyi sayang.. maksud sunyi yang pernah singgah di hati sunyi dan tak keterlaluan sunyi katakan sebenarnya dia masih lagi berada di hati sunyi cuma mungkin keadaan saja yang dah berubah..
hm.. nampak gayanya setakat ni je dulu coretan sunyi di dinding blog sunyi yang dah bersawang ni.. tak terlambat rasanya sunyi nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. sunyi pohon ampun dan maaf sekiranya sunyi pernah melakukan kesalahan pada semua sama ada sengaja atau pun tidak.. ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sunyi pohonkan pada semua.. semoga hidup kita sentiasa berada di dalam rahmat ILAHI..
··¤(`×[¤coretan sunyi sepi: tiada cinta yang mampu ku persembahkan.. yang tinggal hanya kesetiaan¤]×´)¤··
Tuesday, June 24, 2008
··¤(`×[¤Salam Ukhuwah¤]×´)¤··
24 June 2008
Welcome home, welcome back.. Yeah~ akhirnya Sunyi kembali lagi ke tempat ini.. Rindu rasanya nak menatap wajah bonda.. Rindu belaian mesra bonda dan yang paling Sunyi rindu sangat ialah keriuhan di rumah..
Ku tatap wajah malam
Tenang dengan keindahan
Sesekali ku dakap bayu yang berpuput..
Teringat aku pada dirimu
Yang jauh di
Yang tiada mampu ku tatap dalam jaga
Jua dalam lena..
Kerinduan yang menerpa
Menggamit gelora di jiwa
Menyentuh gelodak
Pada insan yang bernama bonda
Demi sebuah harapan ku gagahi jua
Demi sebuah impian ku capai cita
Lataran ada hati pernah terluka
Saat aku mencalar sebuah jiwa
Saat aku melarik segaris luka
Pada sekeping hati
Yang mendamba sejuta cerita bahagia..
Pada bonda dan ayah tercinta.. Sunyi pohon sejuta keampunan dan kemaafan kerana Sunyi pernah menghadiahkan sebuah luka pada sekeping hati yang sentiasa mencintai, menyayangi, melindungi dan membahagiakan Sunyi. Yang telah memberikan Sunyi sebuah kehidupan yang paling bermakna yang tak mungkin Sunyi dapat harungi tanpa kalian di sisi Sunyi.
Tuesday, April 29, 2008
··¤(`×[¤salam kasih sayang¤]×´)¤··
··¤(`×[¤Buat Chii.. rindu banget deh ma kamu.. :P¤]×´)¤··
Sunday, March 30, 2008
··¤(`×[¤salam akhir¤]×´)¤··

"Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergianku ini tak di rancang..
Usah di bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padanya..
Salam akhir salam teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masihku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan..
Salam ku yang terakhir..”
Salam buat semua yang selama ini sudi menjengah ke pondok Sunyi.. Time kasih Sunyi ucapkan kerana sudi membaca catatan Sunyi yang merapu kat dinding pondok ni.. Mungkin hari ini atau mungkin esok atau mungkin lusa hari terakhir Sunyi menjengah pondok Sunyi sebelum menyepikan diri seketika.. Bukan Sunyi sengaja tapi ada tanggungjawab yang perlu Sunyi lunaskan, ada amanah yang perlu Sunyi utamakan.. Kesekian kalinya Sunyi ingin memohon maaf pada semua seandainya Sunyi pernah menyakiti hati atau mengguris perasaan kalian semua melalui tulisan Sunyi atau komen-komen Sunyi.. Insya allah andai berkesempatan Sunyi akan menjengah lagi pondok ni esok atau lusa atau pada saat Sunyi berkesempatan untuk berbuat demikian. Buat semua, Sunyi doakan agar kalian semua sentiasa berada dalam limpah kurnia dan kasih sayang yang Maha ESA. Semoga kita diberi ketabahan menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH yang penuh dengan ranjau dugaan..
Salam Kasih Sayang tulus ikhlas dari lubuk hati,
Sunyi Sepi
Friday, March 28, 2008
··¤(`×[¤10sion II¤]×´)¤··

Tensionnya otak..
Sakit kepala..
Adeh~ camne ni?
Menangis lagi aku..
Entah dah brape kali nangis nih..
Kalau ikutkan hati nak je tarik diri dari belajar..
Tapi macam mana harapan ayah dan bonda..
Dalam kepala ni macam-macam ada..
Mana nak fikir masalah adik, rumah, family n segala tanggungjawab yang sememangnya tergalas di bahu ni..
Argh!~
Wednesday, March 19, 2008
··¤(`×[¤warkah buat adam¤]×´)¤··

Adam, mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat..
Bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
Tatkala diri diuji, Hawa sering tewas..
Tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri..
Adam, mengertilah..
Sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
Agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia..
Telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
Perfume, make up, perhiasan..
Telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
Namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
Yang serba kekurangan ini..
Adam, mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut..
Sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta..
Hawa tau permintaan Adam
Tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat..
Namun, Hawa lemah..
Hawa takut zina hati..
Adam, mengertilah..
Setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru..
Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
Tapi Hawa akur tuntutan sahabat..
Hawa tewas..
Hawa reply juga..
Mengenangkan Adam adalah sahabat..
Adam, mengertilah..
Setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
Mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..
Memudahkan perjalanan hidup Adam..
Jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..
Adam, mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
Namun, bukanlah 'couple' yang Hawa pinta..
Tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
Cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
Jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
Kerana Hawa milik Allah sepenuhnya..
Adam, mengertilah..
Tuesday, March 18, 2008
··¤(`×[¤munajat cinta¤]×´)¤··

cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...
Saturday, March 1, 2008
Wednesday, February 27, 2008
Saturday, February 23, 2008
··¤(`×[¤bicara seorang aku III¤]×´)¤··

Aku mencintai dirimu
pada setiap saat-saat yang sukar untuk aku mencintai dirimu..
Dan setiap saat ku sentiasa ada untuk mencintaimu..
Dan mencintai dirimu adalah perkara yang terindah dalam hidupku..
Tidak pernah sekali aku kesal kerana mencintaimu..
Tidak pernah aku jemu merinduimu..
Tidak pernah aku serik untuk setia kepadamu..
Dan sesungguhnya mengenali dirimu
Adalah suatu kebahagiaan buat diriku..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: cintaku untuk dirimu adalah kerana dirimu adalah dirimu dan cinta yang ku semaikan di hatiku untukmu adalah kerana ALLAH. Semoga cinta ini diberkatiNYA dan semoga hatiku sentiasa redha dengan ketentuanNYA. Insya ALLAH..¤]×′)¤··
Thursday, February 21, 2008
··¤(`×[¤bicara seorang aku II¤]×´)¤··

Andai suatu saat nanti aku pergi meninggalkan dunia fana ini,
maafkan diriku sekiranya aku pernah menyakiti hatimu.
Maafkan diriku sekiranya aku pernah menggores perasaanmu.
Maafkan aku sekiranya akulah punca airmatamu jatuh berderaian..
Andai nanti suatu saat aku pergi mengadap ILAHI,
Ampunkanlah semua kesalahanku terhadap dirimu,
Ampunkanlah kesilapan ku yang telah lalu..
Ingatlah bahawa aku sentiasa menyayangi dirimu,
Ingatlah bahawa aku sentiasa merindui dirimu,
Di setiap helaan nafasku,
Di segenap ruang rindu dalam hatiku..
Dan aku tidak pernah lupa
Untuk menyayangi dirimu,
Mencintaimu, merinduimu dan setia untukmu..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Tuesday, February 19, 2008
··¤(`×[¤tinta buat dirimu II¤]×´)¤··
Buat bakal Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama-sama membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..
Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan angkatan-angkatannya.
Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..
Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..
Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan teindah dalam hidupmu..
Friday, February 15, 2008
··¤(`×[¤inspirasi dehearty¤]×´)¤··
Mendengar lagu 'inspirasi hati' nyanyian kumpulan dehearty mengingatkan aku kepada seorang insan yang banyak memberiku nasihat dan tunjuk ajar.. yang begitu sabar melayani kerenah diriku disaat-saat insan lain hampir berputus asa terhadapku.. yang banyak mendorong diriku disaat-saat diri ini hampir tersungkur di dada kekalahan.. dialah insan yang membawa ibuku ke dunia ini.. insan yang sanggup berkorban apa saja demi anak-anak dan cucu-cucunya..
Inspirasi Hati - DeHearty
Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
*Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
**Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: rindunya pada arwah opah (sebelah mak).. walaupun dah 4 tahun opah pergi, bagaikan masih terasa kucupan sayang di dahi ni.. masih terngiang suara opah menasihati cucu dia yang paling manja dan nakal ni.. masih terasa tangan opah yang lembut mengusap pipi ni.. rindunya pada opah..¤]×´)¤··
(Sekadar hiasan)
Andai mampu ku ulang waktu
Pasti ku ingin lagi bersamamu..
Andai mampu ku tahan masa
Pasti aku biarkan detik bersamamu..
Sungguh aku rindu
Pada kucupan kasihmu,
Pada belaian mesramu,
Pada elusan lembutmu di pipiku,
Pada sebening wajahmu
Yang menenangkan jiwaku..
Sesungguhnya kau insan istimewa
Di hatiku..
Tiada yang bisa menggantikanmu
Kerana kau ratu di jiwaku,
Ratu hati ibuku untuk selamanya..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Tuesday, February 5, 2008
··¤(`×[¤10sion¤]×´)¤··

Huhu.. mata aku ngantuk sangat2..
Tidur tak cukup..
Tempahan lak banyak giler..
Otak lak rasa letih sangat2..
Hari ni aku asyik nak marah je..
Sesape yang call aku cakap merapu-rapu aku sembur..
Ni sume pasal aku tension,
Adeh~ tensionnya aku..
Aku nak tidur.. nak rehat.. tapi takleh gak..
Keje banyak.. huwaa..
Friday, February 1, 2008
··¤(`×[¤kenangan¤]×´)¤··

Dalam meniti usia yang berjalan
Ku temui kenangan semalam
Alangkah indah dalam ingatan
Ingin ku kembali ke masa silam
Mengayam segala kebahagiaan
Bersama insan yang ku sayang..
Menyemai benih kasih
Yang kian bercambah
Dalam sebidang hati ini..
Sungguh masa lalu
Menggamit kerinduanku
Mengusik tasik kenanganku..
Menjadikan aku perindu sunyi
Yang melalui liku hidup yang sepi..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Thursday, January 31, 2008
••¤(`×[¤tinta buat dirimu..¤]×´)¤••
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.
Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.
Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu.
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: I’ll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you hold to, my feet to walk with you, but I can’t lend you my heart.. coz’ it already belongs to you..¤]×´)¤··