Tuesday, September 2, 2014
··¤(`×[¤Tentang Dia¤]×´)¤··
Monday, August 27, 2012
··¤(`×[¤Salam Lebaran¤]×´)¤··
Monday, April 11, 2011
··¤(`×[¤Salam¤]×´)¤··
Assalamualaikum buat semua..
Sekian lama sunyi menyepikan diri dari dunia blog, baru hari ini sunyi rasa ingin memulakan semula dunia blog.. Dulu sunyi pernah secara rasminya meletak jawatan dari dunia blog, tapi Nampak gayanya sunyi ingin kembali menjadi blogger..
Saban hari sunyi melayari blog teman yang lain dan ada juga di kalangan teman sunyi meminta sunyi kembali dalam dunia blog.. Jadi sunyi rasa tiada salahnya sunyi memulakan kembali apa yang pernah sunyi tamatkan dulu.. Sunyi rasa cukup sampai di sini dulu catatan untuk permulaan sunyi yang baru..
Salam kasih sayang
Sunyi Sepi
-11 April 2011-
-13:36-
Wednesday, February 24, 2010
··¤(`×[¤kosong... sekosong hatiku kini..¤]×´)¤··
Wednesday, March 26, 2008
··¤(`×[¤madah di jiwa¤]×´)¤··

Saat mata bertaut
Hati pun mula terpikat
Jiwa mendendangkan irama syahdu..
Alam membisikkan lagu cinta
Tentang sebuah kisah cinta
Antara kau dan aku..
Bahagia hati tidak terkata
Lidah terkelu tiada bicara
Cuma bahagia yang terpancar di mata..
Duhai kasih belahan jiwa
Sungguh aku bahagia
Semoga perjalanan cinta kita
Akan kekal selamanya
Sentiasa berada dalam keredhaanNya
··¤(`×[¤tinta pena Sunyi Sepi¤]×′)¤··
Sunday, March 16, 2008
··¤(`×[¤warkah buat adik¤]×´)¤··

Surat ini kucoretkan kerana aku ingin meluahkan segala yang terbuku di dasar hati ini. Sesungguhnya engkaulah hidupku, engkaulah jantung hatiku, engkaulah penawar kelukaanku, engkaulah penghibur kala aku menangis, engkaulah yang sentiasa ku bawa dalam hatiku ke mana jua kaki ku melangkah.
Adikku,
Hadirmu dalam keluarga kita menambahkan lagi seri yang selama ini semakin kelam dan hambar. Kerana dirimu aku mampu menjadi seorang Along, kerana mu panggilan ‘adik’ meniti dibibirku setiap masa, kerana mu kerisauan seorang kakak bertandang dan menjengah ruang hati ini, kerana mu aku berusaha untuk menjadi yang terbaik demi masa depan dirimu, diriku dan keluarga kita.
Adikku,
Tahukah engkau sebenarnya hati ini merintih? Tahukah engkau sebenarnya hati ini menangis? Tidak.. Pasti engkau tidak tahu dan akan ku pastikan engkau tidak akan pernah tahu. Kerana perasaan sedih ku ini tidak penting. Rasa kecewa ku ini tidak bererti untuk dibandingkan dengan kebahagiaan dirimu. Biarlah hati ini menangis, biarlah hati ini terluka dan berdarah aku rela demi secebis kebahagiaan buat dirimu.
Adikku,
Aku sedar aku tidak pernah menzahirkan rasa kasihku pada dirimu. Tapi semua itu tidak bererti aku tidak menyayangi dirimu. Sungguh aku mencintai dan menyayangimu kerana hanya engkau adikku. Kerana engkau buah hatiku, walaupun kita membesar dalam rahim ibu yang berbeda. Terhasil dari benih yang jua berbeda. Namun semua itu tidak pernah menggugat kasih sayang diri ini terhadapmu.
Adikku yang amatku kasihi,
Sebagai kakak aku sedar banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu ini. Ada amanah yang diletakkan dipundakku. Semua itu aku galas biarpun kadangkala aku tidak mampu untuk memikulnya seorang diri. Namun demi dirimu dan kakakmu (jua adikku) aku redha kerana kasih sayang yang menular dalam hati ini melebihi segala kesusahan dan kesukaran yang aku rasai. Biarlah kadangkala kata-katamu menyiat hati ini, merobek segenap hati ini aku pasrah. Kerana hatiku telah ku didik untuk terus tabah demi dirimu. Aku harus kuat untuk memikul segala amanah yang telah diberikan.
Kadangkala airmata ini sukar untukku bendung apa lagi saat mataku menangkap airmata yang mengalir di pipimu, saat telinga ini mendengar rintihan hatimu yang sayu. Tapi aku tabahkan hati aku teguhkan jiwa kerana aku tidak mungkin menangis di hadapanmu. Biarlah orang mengatakan aku ini keras hati atau hati batu sekalipun aku tidak peduli. Kerana aku tahu aku harus kuat demi dirimu. Aku harus meminjamkan sedikit ketabahanku buatmu. Andai aku jua lemah dan tersungkur pasti dirimu patah semangat. Aku tidak ingin itu berlaku. Kerana itu aku harus kuat dan tabah.
Adikku,
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin ku coretkan buat tatapanmu namun aku tidak berdaya untuk meneruskannya. Airmata ini bagaikan tidak mahu berhenti mengalir membasahi pipiku ketika aku mencoretkan warkah ini untuk tatapan dirimu. Biar sebanyak mana airmata yang kuusap namun makin deras ia mengalir. Biarlah, kadangkala dengan menangis aku mampu mengurangkan bebanan perasaan yang ku tanggung kini.
Adikku yang tersayang,
Cukuplah setakat ini coretan buat dirimu. Aku sudah tidak mampu lagi. Jiwa ini sebenarnya lemah, hati ini juga telah lama goyah. Namun tetap aku tabahkan dan kuatkan hati ini demi dirimu. Aku ingin melihat cahaya kegembiraan di wajahmu. Aku ingin melihat segaris senyuman terlukis dibibirmu. Aku ingin mendengar nyanyian tawa riangmu. Itu sudah cukup untuk membalut segala kesedihan dan kekecewaan diri ini. Maafkan diri ini sekiranya aku gagal menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang kakak buat dirimu. Diri ini sentiasa mendoakan kebahagiaan buat dirimu.
Salam penuh kasih,
Kakakmu
Sunday, March 2, 2008
··¤(`×[¤cinta II¤]×´)¤··

Di atas kanvas cinta
Terlakar sebuah kisah
Penuh ceria, bahagia
Namun sering diselubungi duka..
Di atas kanvas cinta
Aku tersungkur
Pada takdir yang tertera..
Pada janji yang tercipta..
Hati berkecamuk
Jiwa bergelora..
Argh~ damai jangan hilang..
Hadirlah biar hati tenang..
Selimut diriku
Dengan kesabaran..
Dengan keharmonian..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Tuesday, February 26, 2008
··¤(`×[¤rindu dikalbu II¤]×´)¤··

Terbang..
Aku ingin terbang
Jauh ingin ku melayang..
Melayang ke alam mimpi
Mimpi dalam lena mu..
Aku ingin ketemu
Dirimu yang ku rindu..
Biar hanya dalam lena
Agar bisa terlerai segala kerinduan
Tapi mungkinkah?
Bisakah?
Argh! Rindu ini mengasak lagi
Membuak di dalam hati..
Hadirlah sayang..
Jelmalah kasih..
Aku merinduimu sungguh..
Biar terhapus,
Biar terlerai,
Kekusutan rindu ini..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Sunday, February 24, 2008
··¤(`×[¤buat kekasihku¤]×´)¤··

Kekasih..
Pesona lirik matamu
Mencarik tangkai iman di dada..
Senyuman yang segaris
Menggoncang nafsu di hati..
Sungguh aura mu begitu kuat..
Jauh walau jauh,
Bayanganmu menggetar sukmaku
Namamu sentiasa meniti di bibirku..
Berdosa, rasa terhina diri ini
Namun tetap aku kalah
Pada tuntutan nafsu..
Kalah pada bisikan zina hati..
Munajat padaNYA
Jauhkanlah aku,
Lindungilah aku
Dari terus hanyut
Dalam gelora jiwa
Dalam tuntutan nafsu yang meraja..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Thursday, February 14, 2008
··¤(`×[¤kalungan cinta buatmu¤]×´)¤··

Cinta itu indah, bila kita bahagia kerananya dan cinta itu menyiksakan bila kita derita kerananya.. cinta itu banyak definisinya, ada yang menganggap cinta ibarat air yang sentiasa mengalir.. ada yang menganggap cinta ibarat mentari yang sentiasa menerangi.. ada yang menganggap cinta ibarat bintang yang seringkali menemani malam.. ada yang menganggap cinta ibarat pantai dan ombak yang setia bersama.. walau sekeras mana, walau sedahsyat mana, walau sekuat mana pun ombak memukul dan menghempas namun pantai tetap setia menanti.. biar permukaannya berubah bentuk namun ia tetap rela menerima kunjungan ombak yang tak pernah pergi meninggalkan pantai..
namun bagi diriku, cinta itu ibarat roda yang berjalan bersama kehidupan. Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan kita perolehi.. dan kadang-kadang apa yang kita cuba elakkan itu yang akan kita dapat. Cinta itu ibarat sungai yang ada pasang surutnya.. tak selamanya indah dan tak selamanya bergelora.. dan cinta itu anugerah ALLAH SWT pada hambanya.. itulah cinta dan kasih sayang.. kerana cinta kita lahir ke dunia dan kita membesar bersama cinta.. kerana cinta juga kita dewasa, kerana cinta kita kadangkala berdusta, kerana cinta kita gembira, kecewa, berduka, sedih, gembira, alpa. Dan kerana cinta ada dalam hati kita..
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: baru je entri tadi sunyi cakap takde catatan untuk hari ni.. alih-alih ada la pula.. hehe..¤]×´)¤··
Friday, February 8, 2008
··¤(`×[¤aku, hatiku dan cintaku¤]×´)¤··

Aku tak bisa mencoret madah indah
Kerna aku bukan pujangga cinta..
Aku tak bisa berbicara kata romantis
Kerna aku bukan penyair ulung..
Aku tak bisa mengungkap rasa
Kerna aku seorang wanita..
Aku hanya mengharap
Agar cinta ini terbalas..
Aku hanya ingin kau mengerti
Bahasa dan isyarat hati
Yang tak bisa ku luahkan..
Yang ku biarkan berbicara bisu
Tanpa sebarang suara..
Dengan harapan hatimu,
Mengerti rahsia hatiku..
Yang mencintai dirimu,
Yang mengharapkan cintamu..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Wednesday, February 6, 2008
··¤(`×[¤impian cinta¤]×´)¤··

Bayu yang berpuput
Seakan bercerita padaku
Sebuah kisah cinta
Penyatuan dua jiwa
Perhubungan dua hati
Si uda dan dara..
Kasih yang bersemi
Dalam tautan bahagia..
Dalam bahang asmara..
Ingin ku alaminya jua
Tapi kapan masanya
Aku sendiri tak pasti..
Namun tetap ku menanti
Walau lama lagi,
Selagi berdenyut nadi
Selagi terhela desah nafas ini
Dalam untaian cinta di hati..
.::tinta pena sunyi sepi::.
Tuesday, January 29, 2008
··¤(`×[¤puisi tentang harapan¤]×´)¤··
Fajar menyinsing
Menebar cahaya di kaki langit
Suram namun penuh keindahan
Membawa cerita alam..
Berteleku aku terpaku
Menahan gelora rinduku
Dalam meraih secebis kasihmu..
Ku damba bahagia
Dalam sekalung cinta yang bersisa
Dalam sejalur harapan yang ku ada..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
··¤(`×[¤peri cinta¤]×´)¤··

Ingin rasanya ku mengepakan sayap ku
walau sedikit tertatih
Rasa riang saat sang peri menyapa.
Ya, Peri yang membawa kebahagian,
Peri yang selalu membuat gelak tawa.
Berangan selalu di sapa dan di ingat
namun sumbang terasa
hai sang peri sapa lah aku satiap hari
tebarkan riang mu, taburkan semua ceria mu.
Aku sadar aku hanyalah seekor burung hantu kecil
yang mengharapkan sedikit keajaiban sinar bintang.
Saat angin tiada berhembus
namun kenapa kau hanya terdiam sang peri?
dan tetap terdiam ?
OoO ternyata sang peri telah meneruskan tidurnya yang panjang
.::tinta pena bebekpaku::.
Saturday, January 26, 2008
Saturday, January 19, 2008
··¤(`×[¤kesetiaan¤]×´)¤··

Kalau bulan bisa bicara
Pasti katanya aku sepi..
Andai bintang mendengar
Pasti jawabnya sabarlah kasihku
Tunggulah aku jelma..
Sampai bila?
Jelmalah asmara.. Aku rindu..
Sabarlah sayang,
Hingga Tuhan memerintahkan..
Dia belum mengizinkanku
Pergi menemanimu..
Tapi bila kekasihku?
Sabarlah sehingga Dia membenarkan
Sehingga Pencipta kita
Mengizinkan..
Friday, January 18, 2008
Thursday, January 17, 2008
··¤(`×[¤pertemuan¤]×´)¤··

Andai bisa ku hentikan waktu
Akan ku halang datangnya rembulan
Akan ku tahan detik yang berjalan
Demi untuk bersamamu..
Takkan ku izinkan perpisahan itu..
Tapi aku cuma insan biasa
Punya kudrat yang tak seberapa..
Lantaran ku harap
Akan tiba detik pertemuan
Kerana aku tak sanggup
Mengharungi detik perpisahan..
Monday, January 14, 2008
··¤(`×[¤cinta¤]×´)¤··
Hati terusik sendu
Bergenang airmata di tasik kalbu
Menangisi kepergian rindu..
Mana perigi kasih,
Mana timba sayang,
Hilang dalam pekat malam
Ditelan oleh gelap kesedihan..
Menari tinta atas bingkisan jiwa
Mencoretkan cerita lara
Tentang sebuah cinta,
Tentang segumpal rindu
Yang terlindung di angin bayu
Mengharapkan mendung berlalu..