..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Thursday, February 14, 2008

··¤(`×[¤kalungan cinta buatmu¤]×´)¤··

Photobucket

Cinta itu indah, bila kita bahagia kerananya dan cinta itu menyiksakan bila kita derita kerananya.. cinta itu banyak definisinya, ada yang menganggap cinta ibarat air yang sentiasa mengalir.. ada yang menganggap cinta ibarat mentari yang sentiasa menerangi.. ada yang menganggap cinta ibarat bintang yang seringkali menemani malam.. ada yang menganggap cinta ibarat pantai dan ombak yang setia bersama.. walau sekeras mana, walau sedahsyat mana, walau sekuat mana pun ombak memukul dan menghempas namun pantai tetap setia menanti.. biar permukaannya berubah bentuk namun ia tetap rela menerima kunjungan ombak yang tak pernah pergi meninggalkan pantai..

namun bagi diriku, cinta itu ibarat roda yang berjalan bersama kehidupan. Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan kita perolehi.. dan kadang-kadang apa yang kita cuba elakkan itu yang akan kita dapat. Cinta itu ibarat sungai yang ada pasang surutnya.. tak selamanya indah dan tak selamanya bergelora.. dan cinta itu anugerah ALLAH SWT pada hambanya.. itulah cinta dan kasih sayang.. kerana cinta kita lahir ke dunia dan kita membesar bersama cinta.. kerana cinta juga kita dewasa, kerana cinta kita kadangkala berdusta, kerana cinta kita gembira, kecewa, berduka, sedih, gembira, alpa. Dan kerana cinta ada dalam hati kita..

Happy valentines day pada mereka yang menyambutnya.. buat semua insan bernama ibu, happy "love's" day.. tak ada siapa yang bisa menggantikan kasih sayang seorang ibu.. walau dihampar dengan cinta yang seluas lembaran dunia sekalipun takkan sama dengan cinta seorang ibu, kasih sayangmu, pengertianmu, nasihatmu, belaianmu, pujukkanmu buat anakmu sejak "kami" tercipta di dalam rahim mu.. buat dirinya yang ada di hatiku, ku doakan semoga hubungan kita mendapat redha ILAHI dan semoga berkekalan hendaknya.. semoga ada jodoh di antara kita (dengan izin ALLAH SWT).. ku doakan semoga dirimu berada dalam kebahagiaan.. salam sayang dariku untukmu yang kini bertapak di sudut hatiku..

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: baru je entri tadi sunyi cakap takde catatan untuk hari ni.. alih-alih ada la pula.. hehe..¤]×´)¤··

No comments: