Friday, July 29, 2011
··¤(`×[¤detik 3.17 a.m¤]×´)¤··
Sunday, July 3, 2011
··¤(`×[¤hari ini punya cerita¤]×´)¤··

Tuesday, March 25, 2008
··¤(`×[¤warkah cinta luka¤]×´)¤··

Kehadapan Ayang yg amatku sayangi dan cintai..
Org bangga dan bersyukur kepada ALLAH sebab dpt jadi pasangan Ayang. Kisah cinta dan perkenalan kita terlalu singkat. Org redha dgn ketentuan ALLAH.
Ayang, ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu? Org pernah kutuk Ayang. Org ckp Ayang ni ngade sebab bagitau pasal diri Ayang sedangkan org tak pernah tanya pun. Org kutuk Ayang ckp yg Ayang ni saja nak menunjuk-nunjuk. Tapi Ayang tak marah atau kecik ati ngan org. Malah Ayang gelak-gelak ckp org ni comel jer kalau wat mimik muka. Tapi org lak rasa menyampah dgr Ayang ckp mcm tu. Ayang maafkan org ek? sebenarnya org takde maksud pun nak sindir-sindir Ayang.
Ayang, tiga bulan slps kita kenal org mula rasa yg hbgn kita makin mesra. Dah tu kalau satu hari org tak nampak wajah atau dgr suara Ayang, org rasa cam tak lengkap jer hidup org. Tapi bila Ayang tiba-tiba muncul depan org, masa tu org rasa dunia ni org yg punya. Tapi masa tu org tak tau adakah Ayang rasakan macam yg org rasa. Tapi kalau instinct org tepat Ayang pun sebenarnya berperasaan mcm org masa tu. Dan sesungguhnya naluri org tepat.
Ayang, ingat lagi tak masa first time Ayang luahkan perasaan Ayang kat org. Masa tu org rasa muka org merah sebab malu, segan, happy n bahagia sgt. Org tak pasti sama ada Ayang perasan atau tidak perubahan wajah org masa tu. Apa ya pasti masa org terima Ayang, org tgk Ayang happy sgt. Berkali-kali Ayang cium tangan org dan ucap time kasih. Perasaan org masa tu memang tak boleh nak gambarkan dgn kata-kata. Bahagia sangat-sangat saat Ayang panggil org Anje. Dalam hati org berdoa moga pjlnan cinta kita berakhir dgn ikatan suci sebab org terlalu sayangkan Ayang.
Tiga bulan pertama cinta kita disirami pelangi indah. Ayanglah kekasih terbaik yg tercipta utk org. Org tak pernah rasa sebahagia tu dgn insan lain seperti org dgn Ayang. Org bersyukur sgt-sgt sebab dipertemukan dgn Ayang. Tapi kemudian Ayang mula berubah. Ayang dah tak macam masa kita mula-mula kenal. Ayang dah lain sgt. Call org pun Ayang dah jarang. Org jer yg selalu call Ayang. Tapi org tak kisah sebab org tau Ayang busy.
Tapikan Ayang makin lama, org rasa hbgn kita makin hambar. Org mula fikir benda yg bukan-bukan. Tapi org tetap sabarkan hati dan tabah. Suatu hari org nmpk Ayang. Masa tu Ayang tak nmpk org sebab masa tu org dlm kereta kat tempat parking dan Ayang kat gerai mamak tengah makan roti canai dgn sorang perempuan. Mesra sangat hbgn Ayang ngan dia walau kadang-kadang nampak cam serius berbincang sesuatu. Masa tu hati org hanya ALLAH yg tahu. Sedih sangat, terus org ajak kawan org balik sebab selera makan org dah terbantut.
Malam tu org berperang dgn perasaan org sama ada nak tanya Ayang atau tunggu Ayang berterus terang ngan org. Akhirnya org yg tanya Ayang sebab org tak sanggup pendam dlm hati takut jadi dendam. Bila org tanya Ayang petang tu Ayang keluar makan dgn sape Ayang jawab dgn member Ayang Eric. Org tahu Ayang bohong sebab yg temankan Ayang makan perempuan dan bukan lelaki. Org bagitau Ayang yg org nampak petang tu. Ayang terkejut dan tanya mcm mana org tau. Org pun terangkan lebih kurang ngan Ayang. Org ckp lagi kalau Ayang dah ade insan lain jujurlah dgn org dan kalau Ayang dah tak sayang n cintakan org lepaskanlah org.
Tanpa org duga Ayang melafazkan kata perpisahan pada org. Detik itu tamatlah cinta kita. Org menangis sedih. Seminggu org sasau sebab hilang Ayang. Tapi bila org lihat muka family org, org sedar yg org perlu tabah. Syukur kpd ALLAH akhirnya org berjaya membalut kelukaan hati org.
Sethn telah berlalu selepas tamatnya perhubungan kita. Tiba-tiba seorg perempuan jumpa org bertanyakan pd org sama ada org kenal Ayang atau tidak. Perempuan tu org kenal sgt, dialah perempuan yg org nampak makan dgn Ayang di gerai mamak yg telah meremuk redamkan hati org. Perasaan org terusik lg, luka lama perlahan-lahan kembali berdarah. Tapi org berlagak tabah, org bagitau dia org kenal Ayang.
Ayang tahu lepas perempuan tu pergi org rasakan bgi dihempap langit. Pandangan org kabur dek air mata yg bertakung ditubir mata. Seluruh tubuh org menggeletar. Org tak sangka cinta Ayang pada org tak pernah berubah walau sedikit pun. Org jer yg meragui Ayang. Rupanya perempuan tu sepupu Ayang. Maafkan org Ayang. Org tak tahu.
Org pernah suruh Ayang lepaskan org dulu dan org tak sangka Ayang lepaskan org selamanya. Ayang dah pergi tinggalkan org menemui yg Esa. Baru org tahu selama ini Ayang sembunyikan penyakit Ayang daripada pengetahuan org sebab Ayang tak nak org sedih dan risaukan Ayang. Ampunkan org Ayang. Sungguh org masih sayang dan cintakan Ayang. Ayang nak tahu tak, sekarang org kat pusara Ayang sambil tulis surat utk Ayang. Walaupun Ayang tak boleh nak baca tapi org tetap nak tulis. Org nak Ayang tahu bahawa cinta org tak pernah berubah. Org tahu Ayang tak suka org nangis tapi org tak boleh nak tahan air mata ni. Sebab tu org nangis juga. Maafkan org ye Ayang.
Ayang, rasanya dah panjang sgt surat org utk Ayang. Org balik dulu ye Ayang. Esok org dtg lagi sedekahkan Ayang surah Yassin dan tulis surat utk Ayang. Sekali lagi org minta maaf sebab pernah meragui kash sayang Ayang terhadap org sblm ni. Org doakan semoga Ayang bahagia di alam sana. Izinkan org menyintai dan menyayangi Ayang selagi nafas ini masih terhela.
Salam penuh kasih sayang..
Anje
Monday, March 24, 2008
··¤(`×[¤surat cinta Timah¤]×´)¤··

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini:-
Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCODILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
Timah
Monday, March 3, 2008
··¤(`×[¤entri sengal¤]×´)¤··

LETTER 2 MY BO$$
(How to ask your Boss for a salary increase..?
One day an employee sends a letter to Her boss asking for an increase in her salary!!)
Dear Bo$$
In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$, worker$, who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.
I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.
Your$ $incerely,
Marian $hih.
(The next day, the employee received this letter of reply:)
Dear Marian,
I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.
NOw the newspaper are saying, the world's leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad.
I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean.
Yours truly,
Manager.
Monday, February 25, 2008
··¤(`×[¤entri merapu II¤]×´)¤··

Cinta.. Apa tu cinta? Sape dapat jawab erti cinta yang sebenarnya? Huh~ cinta terlalu luas definisinya.. Lain orang lain pengertiannya kan.
Perlu ke cinta? Kenapa kita bercinta kalau kita tahu akhirnya kita yang akan terluka? Kenapa kita bercinta kalau kita sedar akhirnya dia sebenarnya bukan tercipta untuk kita?
Kenapa kita bercinta?
Kenapa?
Lepas bercinta ape?
Kecewa?
Kawen?
Bahagia?
Semuanya belum pasti.. Kalau kecewa pasti ada yang penah mengalaminyakan..
Bila dah frust mula la cakap:
‘aku sayang dia sorang je’
‘aku tak penah jumpa seseorang macam dia’
‘aku tak boleh lupakan dia. Huwaaaaaaa~’
Semua tu dah biasa dengar.. Tapi bila dah dapat pengganti camne? Masih sama ke ape yang dia rasa lepas break off ngan ex dia?
Huh~ pasti tak..
Mesti masa tu akan keluar la kenyataan
‘baru aku sedar yang dulu tu bukan untuk aku’
‘aku dah lupakan kisah lama, lagipun life must go on kan?’
‘dia yang sekarang ni banyak mengajar aku erti cinta. Hehe~’
Itu bagi yang sopan ala ayu-ayu gitu. Kalau yang sebaliknya?
Yang putus cinta~:
‘Biarlah kalau dia dah tak nak kat aku.. Dia ingat dia dah bagus sangat ke? Blah la!’
‘Lantak dialah nak terlungkup, terlentang, terbalik, tertiarap ke, peduli ape aku!’
‘Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! Aku sayang dia, dia buat aku camni. Takpe tunggulah~’
Hah~ amik.. Itulah lumrah manusia. Kecewa hanya untuk seketika.
··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: sorry entri yang agak lain skit daripada kebiasaannya. Rasa tension lak tu pasal entri ni yang naik. Bagi yang terasa Sunyi minta maaf banyak-banyak. Entri ni takde kaitan dengan sesape mahupun yang masih hidup atau yang telah pergi. Sekadar meluahkan apa yang dirasa ¤]×´)¤··
Friday, February 22, 2008
··¤(`×[¤keluhan hati II¤]×´)¤··
Ikan keli masak berlada,
Hajat hati ingin nak kawin,
Apakan daya duit tak ada."
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu!!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, jadi satu kesusahan.
Aku bukan pelokek, aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut!
Bersanding kan adat Hindu,
Kenapalah kita ni, dungu?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah!
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah?
Mendekatkan kita, kepada ALLAH?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana?
Boleh jadi papa kedana!
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik dan diberkati ALLAH?
··¤(`×[¤keluhan hati¤]×´)¤··
"Kucing berlari dua tiga,
Seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh tiga,
Mak dah bising tanya bila nak kawin."
Ampunkan aku!
Bukan ku sengaja, bukan ku tak mahu!
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati
Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang soleh
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan
Mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!
Wahai Ayah! Wahai Ibu!
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku..
Thursday, February 14, 2008
··¤(`×[¤chocolate cake¤]×´)¤··

Monday, February 11, 2008
··¤(`×[¤sepi sebuah tinta¤]×´)¤··

Memandang sepi sebuah tinta
Sesepi hatiku yang kosong
Sesunyi pantai
Yang tak berpenghujung..
Siapa dia di hatiku?
Siapa aku di hatinya?
Kenapa cinta ini hadir
Menggoncang tangkai hatiku..
Ingin ku lontar perasaan ini
Jauh dari hatiku..
Tapi aku tak bisa,
Kerana namanya telah terukir indah
Di sudut hatiku ini..
.::tinta pena Sunyi Sepi::.
Friday, February 8, 2008
··¤(`×[¤will you still love me¤]×´)¤··

Tonight you're mine completely, you give your love so sweetly. Tonight the light of love is in your eyes..
Will you love me tomorrow?
Is this a lasting treasure? Or just a moment's of pleasure? Can I believe the magic of your sighs?
Will you still love me tomorrow?
Tonight with words unspoken. And you say that I'm the only one.. But will my heart be broken when the light meets the morning star?
I'd like to know that your love is love I can be sure of. So tell me now, cause I won't ask again..
Will you still love me tomorrow?
Monday, January 28, 2008
··¤(`×[¤entri merapu¤]×´)¤··
Takde idea nak letak ape.. akhirnya ambik keputusan untuk merapu.. entri penamat (insya allah) untuk hari ni aku nak tepekkan gambar harta yang wajib ada dalam handbag aku yang kecik je.. kecik-kecik pun penuh juga.. kalau besar lagi la penuh sampai aku sendiri pun pening nak cari harta karun aku kat dalam beg tu.. hihi.. dah tak nak story panjang-panjang.. nanti sakit otak baca.. lagipun sekarang ni ngah sengal otak.. tu la pasal entri pun merapu.. okay folks.. ni la harta benda yang wajib ada dalam handbag kecik aku ni (purse, kunci kete aku, kunci rumah, compact powder, lipstick n lip gloss).. =P
.jpg)
.::Buat mereka-mereka yang sudi membaca entri-entri aku yang sebelum ni dan sesudah yang sebelum dan yang bakal menyusul selepas sesudah ni aku nak kasi pantun.. dua kerat pun jadi la.. hihi::.
‘Orang putih orang melayu,
Terima kasih thank you..’
Makasih banget ya semuanya..