..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Showing posts with label ··¤(`×[¤renungan¤]×´)¤··. Show all posts
Showing posts with label ··¤(`×[¤renungan¤]×´)¤··. Show all posts

Friday, March 7, 2008

··¤(`×[¤ingatlah¤]×´)¤··

Photobucket

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah,
Selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta,
putera dan Isteri,
kad kredit, kereta
dan Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..

Monday, February 25, 2008

··¤(`×[¤warkah buat hawa¤]×´)¤··

Photobucket

Hawa..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.. Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI..

Sunday, February 24, 2008

··¤(`×[¤cantiknya wanita II¤]×´)¤··

Photobucket
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: secantik-cantik ciptaan dunia adalah seorang wanita yang solehah.. hidupnya berlandaskan sunnah.. perhiasan bibirnya Kalamullah.. ¤]×´)¤··


Thursday, February 21, 2008

··¤(`×[¤panggilan kubur¤]×´)¤··

Photobucket

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali..


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh untuk menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: ingatlah akan mati kerana mati itu pasti. Ingatlah akan mati agar kita lebih berhati-hati dan bersedia. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, salah satunya hidup sebelum mati..¤]×´)¤··

Monday, February 18, 2008

··¤(`×[¤6 perkara ALLAH sembunyikan¤]×´)¤··

Photobucket

Salam semua.. hari ni sunyi nak kongsi sesuatu dengan mereka2 yang sudi singgah dan membaca entri2 yang terdapat dalam teratak sunyi yang tak seberapa ni.. buat semua, selamat membaca dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan ILAHI.. amin..

6 perkara ALLAH sembunyikan..

ALLAH SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan ALLAH menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah AKU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling AKU cintai, namanya ‘Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu AKU lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada ALLAH untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari ALLAH SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya TuhanKU apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* ALLAH SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* ALLAH SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.¤]×´)¤··

Saturday, February 9, 2008

··¤(`×[¤hati ibarat rumah¤]×´)¤··

Photobucket

Ada tiga macam rumah, Pertama Rumah Raja, di dalamnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah Hamba, di dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki seorang raja. Dan ketiga adalah Rumah Kosong, tidak ada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya?

Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang bisa dicurinya.

Kerana itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada orang-orang Yahudi mengklaim bahawa di dalam shalat, mereka 'tidak pernah terganggu', Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yang bisa dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?"

Bila jawapan anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentara, sehingga pencuri tidak bisa mendekatinya.

Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentara senantiasa siap sedia di sekitar raja?

Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkannya.

Hati yang kosong dari kebajikan, yaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).

Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya? (rumah pertama)

Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya, Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syetan, hawa nafsu dan tabiat tercela. (rumah kedua)

Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya.


"Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana." (Ali Imran:126)


Syaitan tidak bisa mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yang berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.

Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata.

Thursday, February 7, 2008

··¤(`×[¤cintaku padamu teman¤]×´)¤··

Photobucket

Sebahagian merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran seorangpun teman. Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya pula orang-orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya.


Menyayangi teman, sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain. Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain Yang kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan. Namun tiap-tiap kecintaan mengisi bilik-bilik hati yang berbeda-beda. Kesemua cinta hendaknya merupakan suatu refleksi cinta kepada Allah SWT. Suatu pendaran keemasan dari keimanan, desiran sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.


Teman, bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan. Harapan untuk dapat saling menegur dan meneguhkan. Membuang jauh-jauh kata perbedaan dan mencuba untuk mengawal segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana, namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah membuatnya.


Teman, bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghirah menggelora, dengan segudang idea dan idealisme yang Rabbani. Meniti jambatan yang sama, dengan tekad yang serupa dan seragam kebesaran jiwa. Bukan untuk sekedar menghabiskan sisa minuman kehidupan dunia, tapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia. Pantas saja jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang sholeh sebagai teman kepercayaan.


Ah teman, harus kita terima bahwa berteman bukan berarti untuk selalu bersama secara harfiah Suatu saat pasti kita akan terpisah pula. Menempati jalan-jalan yang berbeda di setiap sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya.


Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini kusuntingkan untukmu..

Sedingin embunan dedaun kehijauan,
sesegar ingatan kenangan kisah silam

Kita seiring bersatu dan berjuang,
meniti titian persahabatan

Kau hadir bawa cahaya,
terangi hatiku teman

Saling memerlukan dan mengharapkan

Tangis gembira saat bahagia,
moga kan kekal menuju Syurga

Kerana Tuhan kita ditemukan,
andai terpisah,
itu ketentuan

Sengketa dan kesilapan
itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman

Monday, February 4, 2008

··¤(`×[¤pesona wanita¤]×´)¤··

Photobucket

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sunday, February 3, 2008

··¤(`×[¤life is¤]×´)¤··

Photobucket

A very good reminder to all of us and myself..

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kekadang kita perlukan PERINGATAN... Jadi selalu-selalu lah kita ingat mengingatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi.. Wallahhualam..

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT.. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.. Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.. lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

Dia mungkin didenda.. atau,


Suratnya masuk tong sampah..

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa.. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT.

Friday, January 25, 2008

··¤(`×[¤cantiknya wanita¤]×´)¤··

Photobucket

Cantik seorang wanita itu,
sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Cantiknya Wanita......Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, January 24, 2008

··¤(`×[¤bahagia¤]×´)¤··

Photobucket

Letakkan dunia di tanganmu..
Letakkan akhirat di hatimu..
Insya allah bahagia akan sentiasa mengiringi dirimu..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.


Wednesday, January 23, 2008

··¤(`×[¤tangisan¤]×´)¤··

Photobucket

aku pernah bercinta, sayang seseorang sepenuh jiwa.. aku kata suatu hari nanti aku akan kahwini dia.. takda apa yang dapat menghalang cinta aku. angkuhnya aku berkata-kata.. dia kata dia cuma nak dengan aku jer.. macam aku, angkuhnya dia berkata-kata. suatu hari dia mintak putus, kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu.. aku rasa sebak, tak pernah terfikir hubungan selama setahun ni yang konon akan abadi selamanya berakhir.. berbulan-bulan bagai nak mati bercinta, rasa cinta boleh hilang? macam padamkan lampu hilang bayang-bayang.. aku menangis, tak percaya semua ni.. aku termenung pedihnya kat hati.. jahilnya aku, tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.. suatu malam lepas solat macam biasa, aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda.. tiba-tiba aku menangis.. bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil, baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih.. aku menangis terus menangis.. aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Al-Imran ayat 139)


baru aku tahu.. bila bercinta, setiap kali jumpa tangan aku dia pegang macam biasa.. mahram ke bukan aku terus lupa.. pinggang aku dia peluk konon tanda sayang.. ilmu agama semua terbang hilang.. begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa.. kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa? berapa pulak agaknya sebatan kat neraka? kalau hari di akhirat berganda.. Astagfirullah.. baru aku nampak.. masa tengok wayang sama bukan main seronok, sampai burn Asar ataupun Zuhur.. kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur.. keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh.. dengan Tuhan makin jauh.. Ya Allah betapa alpanya hidup aku, dulu bercita-cita nak jadi mujahidah tapi belum apa-apa benteng iman dah "Syahid".. Astagfirullah.. malunya aku...nak menghadap Engkau. baru aku sedar.. setiap kali call beringit duit hangus, balik-balik cakap benda yang sama "saya sayang awak, awak sayang kita?".. bila merajuk nak kena pujuk pulak, kekadang sampai berjam,berjimat ingat pun tidak.. tak pernah berbincang pasal hal-hal agama sebab rasa tak best jer.. tak pernah saling mengingatkan untuk solat, lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat.. Astagfirullah.. selepas apa yang aku buat, Tuhan masih lagi bagi aku nafas.. sayangnya Dia kat aku.. bagi peluang aku taubat..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah ayat 216)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45)


menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu.. Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau.. aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh.. dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.. sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal.. air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan.. sedangkan air mata taubat yang mengalir mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil.. tengok-tengok sekeliling, semua berbincang masalah percintaan tapi tak pernah pulak ada orang kata dia ada masalah bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan.. takda pulak diorang ada masalah percintaan sebab tiap sujud malam ada yang temankan.. takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti dengan janji-janji manis.. janji-janji seperti syurga dan segala isi. jadi aku serahkan jiwa dan cinta pada yang lebih berhak.. pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit.. untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin Syahid..


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah ayat 129)

Thursday, January 17, 2008

··¤(`×[¤pernahkah¤]×´)¤··

Pernahkah anda memikirkan bahawa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan? Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni? Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya? Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus isi buahnya sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga? Pernahkan anda berfikir bahawa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan negeri anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempoh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini? Pernahkan anda berfikir bahawa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda? Pernahkan anda memikirkan bahawa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini? Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?

Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah dengan akal fikiran. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan anugerah yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebahagian manusia hampir tidak pernah berfikir. Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali dia sendiri tidak menyedarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam dia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang. Harus disedari bahawa setiap orang mempunyai keperluan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.