..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Monday, February 18, 2008

··¤(`×[¤6 perkara ALLAH sembunyikan¤]×´)¤··

Photobucket

Salam semua.. hari ni sunyi nak kongsi sesuatu dengan mereka2 yang sudi singgah dan membaca entri2 yang terdapat dalam teratak sunyi yang tak seberapa ni.. buat semua, selamat membaca dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan ILAHI.. amin..

6 perkara ALLAH sembunyikan..

ALLAH SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan ALLAH menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah AKU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling AKU cintai, namanya ‘Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu AKU lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada ALLAH untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari ALLAH SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya TuhanKU apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* ALLAH SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* ALLAH SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* ALLAH SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.¤]×´)¤··

2 comments:

Jie said...

entry yang bagus...tujuan menyampaikan untuk peringatan ..ttp kalau boleh guna font yg biasa2..senang nk baca...terkehel biji mata kakjie....


he he..ampOnnn...

manje said...

em Allah tu Maha Berkuasa...

Allah jua yg tau segala rahsia setiap kejadian di dunia ni...

termasuk rahsia hati kite...