..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Tuesday, February 19, 2008

··¤(`×[¤tinta buat dirimu II¤]×´)¤··

wedding

Buat bakal Suamiku,
Kita bertemu untuk saling melengkapi. Dengarlah bisikan kata hati ini.. harapan dari sudut hati kecil ini utk kita dalam bersama-sama membina hidup yang lebih berkat dan diredhai-Nya..

Suamiku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai maka lalailah aku. Wahai suami tersayang, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsu mu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, kasih, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan angkatan-angkatannya.

Suamiku,
Aku suka kiranya kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar..

Suamiku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di lembah kaca. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku, sayang, agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar utk aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah..

Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan teindah dalam hidupmu..

5 comments:

AiRynnz said...

salam kay...
leh x kak ryn amik artikel ni...nice la ;)

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

salam kak ryn.. amik je kak ryn.. =)
kay pun ekceli terbaca artikel ni kat mne ntah tak ingat dah =D

xive said...

Erm.. insaf seketika.. saperlah lelaki bertuah tu ye :D

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

salam xive.. bertuah ke dia? atau sunyi yang bertuah kalau dapat insan seperti 'dia'? wallahu'alam.. semoga setiap insan dikurniakan insan yang soleh dan solehah sebgi pasangan hidup.. semoga jalan hidup yg dilalui diberkati olehNYA.. amin.. =)

SuFi LaRa said...

mcm kenal jek artikel ni.. hehe..