..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Wednesday, March 19, 2008

··¤(`×[¤warkah buat adam¤]×´)¤··

Photobucket

Adam, mengertilah..

Hawa bukanlah insan yang kuat..
Bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
Tatkala diri diuji, Hawa sering tewas..
Tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri..

Adam, mengertilah..

Sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
Agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia..
Telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
Perfume, make up, perhiasan..
Telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
Namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
Yang serba kekurangan ini..

Adam, mengertilah..

Hawa ini berjiwa lembut..
Sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta..
Hawa tau permintaan Adam
Tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat..
Namun, Hawa lemah..
Hawa takut zina hati..

Adam, mengertilah..

Setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru..
Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
Tapi Hawa akur tuntutan sahabat..
Hawa tewas..
Hawa reply juga..
Mengenangkan Adam adalah sahabat..

Adam, mengertilah..

Setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
Mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..
Memudahkan perjalanan hidup Adam..
Jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..

Adam, mengertilah..

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
Namun, bukanlah 'couple' yang Hawa pinta..
Tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
Cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
Jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
Kerana Hawa milik Allah sepenuhnya..

Adam, mengertilah..

4 comments:

aria ayumi said...

harap adam mendengar dan mengerti rintihan hawa... :)

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

insya allah ayumi.. mudah2an la kan.. :)

Anonymous said...

hanya encik adam sahaja yang akan mengerti...

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

archiq--> acik bkn encik adam eh? hehe =P