..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Thursday, January 10, 2008

··¤(`×[¤bicara seorang aku¤]×´)¤··

Photobucket

Pernah seorang teman (lebih muda daripadaku) bertanyakan pada ku tentang cinta. dia bertanya apa makna cinta bagiku (cinta sesama manusia)? lalu aku menjawab 'cinta adalah adunan pelbagai perasaan. cemburu, bimbang, gembira dan sedih. cinta mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya & cinta juga membuat kita bahagia bila kita gembira kerananya..' cinta memerlukan kita untuk berkoban walaupun kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang kita sayang (bukan kesucian diri atau maruah keluarga okey..) lantas dia bertanya lagi, kenapa dalam bercinta seringkali ada yang terluka dan melukakan? dengan penuh sabar dia menanti jawapan drp ku. sebenarnya teman ku ini belum pernah mengharungi alam percintaan bersama insan yang bernama adam, lebih spesifik ku katakan insan yang bergelar lelaki. mungkin kerana pengalaman rakan-rakan yang lain menyebabkan dia lebih berhati-hati untuk menyemai benih cinta bersama sang arjuna. berbalik kepada soalan teman ku tadi kenapa seringkali kecewa dan mengecewakan menjadi perencah alam percintaan? dengan penuh selamba dan tenangnya aku menjawab, itulah lumrah cinta adam dan hawa, itulah dunia cinta makhluk Tuhan yang bernama insan. selalu ada pasang surutnya, pasti ada onak dan ranjau, sering ada panas dan hujan serta sering jua dilanda ombak dan badai. itulah namanya percintaan di dalam kehidupan.
kemudian dia bertanya lagi, pernahkah atau tidak aku dikecewakan dan mengecewakan. dengan pantas aku menjawab ya. memang aku pernah dikecewakan dan aku juga pernah mengecewakan. sekian lama hubungan kami terjalin atas restu keluarga tapi akhirnya dia memilih untuk meninggalkan aku dan menikahi insan lain. tipulah andai aku katakan hatiku tak sakit dan perasaan ku tak tercalar sedikit pun. memang aku akui diri ini, hati ini dan perasaan ini cukup pedih dan sakit. tapi untuk apa aku menangisi dia yang sudah terang tidak lagi memerlukan aku di sisinya. walau ku bajai kesetiaan ku, walau ku sirami benih-benih cinta dengan airmata rindu, walau ku jaga bunga-bunga bahagia dalam sangkar asmara andai dia sudah meminggirkan diri ini dari sudut hatinya tiada guna waima aku menangis airmata darah sekalipun. dalam hatinya sudah ada insan lain yang lebih istimewa. sudah ada insan lain yang bertakhta. insan yang lebih dia cintai dan sayangi. bukan lagi aku yang selama ini mengayam buih-buih kasih bersamanya. temanku bertanya lagi tidakkah aku serik untuk bercinta lagi dan kenapa aku tidak seperti rakan yang lain (fusrt menonggeng, terlungkup, telentang, terbongkang dsb)? lalu aku menjawab kerana aku bukan mereka, kerana aku adalah aku dan tidak mungkin aku pernah menjadi seperti mereka dan tidak mungkin pernah mereka menjadi seperti aku. kerana kami sememangnya insan-insan yang berbeza. aku menyambung lagi bahawa aku tidak pernah serik atau takut untuk bercinta lagi. kerana cinta itu fitrah manusia. sememangnya manusia diciptakan dengan perasaan kasih dan sayang, diberikan perasaan ingin mencintai dan dicintai. so, kenapa takut untuk bercinta. pengalaman mengajar aku agar menjadi lebih matang dalam hidup dan juga percintaan. pengalaman juga mengajar aku tentang sikap manusia, mendewasakan aku tentang segalanya, menyedarkan aku tentang segalanya. oleh itu kenapa harus aku menolak satu pelajaran yang memberi aku pengajaran dan mendedahkan aku kepada pengalaman. 'life is only traveled once, today moment becomes tomorrow's memory. enjoy every moment, good or bad because the gift of the life is life itself..' selepas itu dia tidak lagi bertanya mengenai cinta kepada ku.

No comments: