..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Friday, March 7, 2008

··¤(`×[¤ingatlah¤]×´)¤··

Photobucket

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah,
Selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta,
putera dan Isteri,
kad kredit, kereta
dan Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..

6 comments:

Anonymous said...

emm kdg2 kite manusia mmg asyik terlupe...kite mmg kene senantiasa beringat... same2 beringat...

aria ayumi said...

manusia mmg slalu lupa... tu yg penting kita saling peringatkan... thanks ye sunyi ;)

Acaii Jawe said...

slm wak, intry ni mmg betul2 mengingatkan sy..terima kasih awk sudi ingatkan benda2 camni..:)

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

manje--> nama pun manusia.. memang kita sbg manusia seringkali lupa dan alpa.. insya allah selagi mampu saling la ingat mengingati kan..

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

ayumi--> sesama ayumi.. =)

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

acaii--> salam wak.. alhamdulillah kalau n3 ni berkesan.. sy masukkan n3 ni sekadar utk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang membaca secara atau tak secara langsung.. sama2lah kita mengingatkan antara satu sama lain.. sesama wak.. sy sekadar melakukan yg termampu je.. kalau salah n silap pohon maaf sy pinta buat semua..