..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Friday, October 21, 2011

··¤(`×[¤salah akukah..¤]×´)¤··

Assalamualaikum buat semua.. Sedihnya hati hanya ALLAH saja yang tahu.. Ya ALLAH ujian apakah yang Engkau berikan pada hamba kali ini Ya ALLAH.. Sakit sungguh rasanya, perit yang teramat.. Aku tidak pernah meminta mereka bercerita kepada ku, apatah lagi bertanyakan masalah rumahtangga yang mereka alami. Tapi kenapa harus aku yang dipersalahkan? Sedangkan selama ini mereka yang beria-ia mencurahkan segalanya padaku. Mereka minta aku untuk mendengar keluh kesah mereka. Tapi kenapa harus aku yang dikaitkan? 

Selama ini aku ikhlas meminjamkan telinga aku untuk mereka. Aku pinjamkan bahu aku supaya mereka dapat bersandar. Aku sedar tidak seharusnya aku mencampuri urusan rumahtangga mereka. Tapi aku tidak pernah meminta apa lagi mempromosikan diri untuk menjadi pendengar setia. Tidak! mereka yang datang kepadaku untuk berkeluh kesah. tapi kenapa aku yang mereka persalahkan?

Sebenarnya aku tidak layak untuk menjadi pendengar masalah rumahtangga mereka. Aku sendiri belum pernah mengalami hidup berumahtangga. Tapi kenapa aku juga yang mereka jadikan sebagai tempat untuk berkeluh kesah.. Buntu aku memikirkan nya. 

Sejak hari pertama adik saudaraku bercerita perihal masalah rumahtangga abangnya aku sudah mula merasa kurang enak. Tetapi mendengarkan tangisan adik saudaraku yang hiba menjadikan aku tidak sampai hati membiarkan kesedihan terus menyelubunginya. Tidak sepatutnya dia yang mengalirkan airmata. Aku tidak rela andai hatinya terluka. Kerana rasa kasih yang menggunung aku bersedia menjadi telinga buatnya. Ya ALLAH kenapa harus dia yang menanggung kesedihan itu.. Sepatutnya abang saudaraku lah yang bijak menangani masalah rumahtangga nya sendiri. Dia sudah bergelar suami, pemimpin rumahtangga. Sepatutnya sebagai nakhoda dia yang menentukan perjalanan bagi pelayaran itu. Bukan aku, bukan ibunya dan bukan juga adiknya.

Aku masih ingat lagi saat sebelum dia mengambil keputusan untuk bernikah, aku pernah bertanya kepadanya sudah bersediakah dia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Bersediakah dia menerima kekurangan dan kelemahan bakal isterinya? Bersediakah dia menerima keluarga mertuanya? Mampukah dia mendidik isterinya menuju jalan yang diredhai? dengan penuh keyakinan dia berkata bahawa dia sudah bersedia. Ku katakan lagi kepadanya nikah kahwin bukan lah perkara yang boleh dibuat main, kalau hendak ambik, kalau tak nak campak macam kain buruk. Perkahwinan ini untuk seumur hidup Insya ALLAH. Bukannya hari ini kahwin, esok lusa kalau dah bosan bercerai. Dan sekali lagi dengan yakin dia menjawab bahawa dia sudah siap dengan segala rintangan yang bakal dia tempuhi. Tapi ternyata akhirnya setiap apa yang dia katakan tidak ubah seperti angin lalu.

Usia perkahwinan yang belum pun sampai setahun bakal menemui titik penamatnya. Salah siapa? Dia menyalahkan isterinya kerana tidak pandai masak segala bagai, tapi kenapa sebelum berkahwin kemungkinan itu tidak dia fikirkan? Katanya lagi isterinya malas, tapi kenapa masa bercinta semua itu dia tidak pedulikan? Kenapa setelah melangkah ke gerbang perkahwinan baru semuanya timbul? Sebagai ketua sepatutnya dia tahu apa yang harus dia lakukan. Bukannya menjadi anak emak yang sedikit masalah saja asyik mak, mak, mak dan mak. Mak ini, mak itu dan segala bagainya mak! 

Si isteri pulak kenapa sebelum berkahwin tidak mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri? Kalau sebelum berkahwin kita biasa makan di luar, bila dah berkahwin sila la masak untuk suami. Jagalah makan pakai minum suami dan begitulah sebaliknya. Ini tidak, perkahwinan dianggap gelanggang permainan. Akhirnya si adik mengadu padaku, si isteri pun sama. 

Kalau hanya si adik aku masih tidak kisah kerana aku tahu keluh kesah itu tidak sampai ke mana. Tapi bila si isteri yang membuka pekung di dada, aku jadi serba salah. Hendak ku reject aku menghormati dia sebagai seorang kakak, nak ku layan aku takut aku di cop sebagai penyibuk. Akhirnya aku biar dia bercakap seorang diri. Handphone aku letakkan di tepi. Biarlah dia berkeluh kesah asal aku tidak mendengarnya. Walaupun begitu sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya aku dijadikan mangsa. Saat dia bergaduh dengan suaminya, dia katakan aku yang bercerita kepadanya tentang apa yang berlaku. Padahal sebaliknya yang terjadi. Dia mendengar pihak lain yang bercerita dan dia mengkhabarkannya padaku tapi aku tidak mendengarnya. Tapi dia??? Tergamaknya dia menghancurkan perhubungan aku dengan abang saudara ku. Mungkin kami lahir dari rahim yang berbeza tapi susu yang mengalir dalam badan kami asalnya dari satu sumber. Ibuku, ibuku, ibuku..! 

Sungguh aku tidak menyangka dia akan melakukan itu. Kalau la aku tahu pasti aku tidak menjawab panggilan telefonnya. Pasti aku biarkan saja dia menangis seorang. Pasti aku biarkan saja dia meratapi nasib dirinya. Tapi kerana rasa hormat dan simpati yang melimpah aku jawab juga. Tapi kini, abang ku hilang kepercayaan pada diriku. Aku dikatakan penyibuk, suka masuk campur hal rumahtangga orang. Padahal aku sendiri tidak tahu apa yang kakak iparku khabarkan padaku. 

Ya ALLAH kenapa ujian ini yang hamba terima Ya ALLAH. Hamba tidak kuat Ya ALLAH. Ya ALLAH jangan Engkau uji hamba melebihi batas kemampuan hamba Ya ALLAH. Hamba takut hamba tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Ya ALLAH hamba mohon dari secebis Kebesaran Kasih SayangMu Ya ALLAH andai ini ujian yang harus hamba terima, Engkau tabahkanlah hati hamba dalam menerimanya Ya ALLAH. Berilah hamba kekuatan untuk mengharunginya Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku. Tabahkanlah hati hamba Ya ALLAH. Ampunilah hamba sekiranya dengan menjadi telinga buat saudara hamba itu suatu kesalahan Ya ALLAH. Hamba tidak bermaksud untuk mencapuri urusan rumahtangga mereka. Hamba cuma tidak mampu mendengar tangisan adik saudara hamba. Hamba menyayanginya selagi hayat masih ada..

38 comments:

therylisa nurula'in said...

sabar ye....

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

time kasih.. insya allah

Hanis Halim said...

semoga tabah m'hdapi semua ni :)

chemas said...

huhu...

farah adila said...

biasa la tu dik...kehidupan mmg banyak cabaran...kdg2 bila bersabar,hanya air mata je dpt memahami...kuatkan semangat,mybe ada hikmah atas apa yg berlaku...:)
salam perkenalan

hanifah said...

sabar ya....

wak gelas said...

wak rasa kena bersabor tuu.. eeeee wak dah datang nih nak komen komennnn.....

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

Salam semuanya..

Time kasih sunyi ucapkan pd semua..

mdsaf_kyo said...

salam ziarah, jom singgah di :
Sampaikan dariku walau satu ayat

Zinedine Zaiddin said...

cabaran kehidupan, penuh pancaroba :)

Anonymous said...

salam,

adik jgn susahhati. mmg aku dah kena cerita sama jg. bukan sekali tapi banyak kali aku tengok, sama aje kesimpulannya. suami istri bermasalha biasa aje. tapi aku tengok bila pertalian mrk regang, mrk selalu buat alasan org lain puncanya. adik kena ni bukan krn buat salah tapi suami istri xtau nak handle problem mrk sendiri. nak cari alasan aje untuk berpisah. adik jgn terima tuduhan begini. beranikan diri... kalau dipaksa suruh mereka selesaikan sendiri jgn nak libatkan org lain. mmg betui..masa nak romanse mrk terima semua baik buruk diri sendiri tapi bila dah kahwin...nak tuduh itu ini tak boleh.... relak la dik. ini perkara biasa aje... jgn isu begini nak bermuram. kalaupun mrk berpisah itu pilihan mrk krn xdapat bermaaf sesama kekurangan antara mrk berdua.

Shah said...

saya tahu kamu boleh halanginya.. sb tu Allah uji dirimu kerana dia tahu kamu boleh..:)

k@!sh!n said...

ujian Allah..sabar je :)

Aya Farah said...

hummm...just banyakkan berdoa...anyway..awesome blog!hope u can follow my blog..^^
http://akuberjiwapink.blogspot.com/

roye said...

Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
Cheap Flights to Phnom Penh
Flights to Phnom Penh
Phom Penh Flights

mIsZ dEiyA said...

brsabar la ye...allah sentiasa ade dsamping kt..:)

Tutorial Photoshop said...

Jalan-jalan daripada bete di blog sendiri, liat2 punya orang. Tak lupa mengharap kunjungan balik...hehe

ctpayong said...

Allah itu Maha Bijaksana...

nara said...

menyedihkan

sue said...

sabar yer..:)

sue said...

sabar yer..:)

mabasolo said...

Hidup kan slalu berputar, kadang diatas kadang dibawah

anak kecil said...

sabar y :)
pasti dapet yang terbaik kok :)

visit :)

makalah ekonomi syariah said...

hm...kok ga ada update terbarunya cii...
ditunggu loh

Lopce Simoes said...

Kebahagiaan itu buat yang bersabar dan jalani hidup dengan tepat.

Sabar ja yaw.. Salam

Akma said...

percayalah Allah tak menguji kita dengan dugaan yang kita tak mampu...insyaAllah Dia akan memberikan yang lain nanti...

··¤(`×[¤Sunyi Sepi¤]×´)¤·· said...

Assalamualaikum semuanya..
Terima kasih sunyi ucapkan buat semua atas doa dan semangat..

hammad sohail said...

Forex Affaris.. Latest Currency news updates, latest forex trading business updates, trading updates, forex trading latest news, forex brokers directory, forex brokers list, Dollars news affairs, Stock Markets, stock market news, stock market analysis, technology news, international forex markets, international forex business news and all updates about Forex Trading
ForexAffairs.Com

faisal said...

lol and Funny, Troll Images, Prank Peoples, Funny Peoples, funny planet, funny facts, funny cartoons, funny movies pics, iphone funny, funny jokes, Prank Images, Fail Pictures, Epic Pictures, Lols and Gags, Lol Pictures, Funny Pictures, Lol is the Laugh out of Laugh where you can Fun Unlimited and Laughing Unlimited.
LolsGag.Com

Kamao Poot said...

Find best Home based Business without any work, just invest and rest with your profit
EarningsClub.com

balidogen said...

Bali Spa
Nusa Dua Restaurant
Kampung Ubud
Ibunda Bungalow
Home Balinese Traditional
Bali Wisata Murah
Bali Paket Wisata
Sewa Mobil di Bali
Bali Car Rental
Bali Car Hire
Bali Car Transport
Bali Transportation Service
Bali Car Rental
Bali Travel Online
Kampung Ubud, Ibunda Bungalow, Home Balinese Traditional

Bali car transport said...

nice blog

Jasa web design bali said...

nice info

Bali spa said...

good job

Nusa dua restaurant said...

good job

Sewa mobil di bali said...

thank you

Home balinese traditional said...

wow keren

Bali transport said...

bagus blog