..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Wednesday, February 27, 2008

··¤(`×[¤hanya ingin kau tahu¤]×´)¤··


Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Oh.. Ho.. Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Oo.. Ho.. Oo.. Ho..

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

··¤(`×[¤warkah rinduku¤]×´)¤··

Photobucket

Bayu menggamit rasa
Menyapa rindu di sukma..
Menyentuh rasa kasih di jiwa..
Di mana kasih cinta?
Di mana rindu sayang?
Hadirlah jelma.. datanglah ke jiwa..
Kalbuku merintih hiba..
Hatiku menangis duka..
Menanti rindu jelma menyentuh jiwa,
Menggetar kalbu bersama nada cinta..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Tuesday, February 26, 2008

··¤(`×[¤rindu dikalbu II¤]×´)¤··

Photobucket

Terbang..
Aku ingin terbang
Jauh ingin ku melayang..
Melayang ke alam mimpi
Mimpi dalam lena mu..
Aku ingin ketemu
Dirimu yang ku rindu..
Biar hanya dalam lena
Agar bisa terlerai segala kerinduan
Tapi mungkinkah?
Bisakah?
Argh! Rindu ini mengasak lagi
Membuak di dalam hati..
Hadirlah sayang..
Jelmalah kasih..
Aku merinduimu sungguh..
Biar terhapus,
Biar terlerai,
Kekusutan rindu ini..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.


Monday, February 25, 2008

··¤(`×[¤warkah buat hawa¤]×´)¤··

Photobucket

Hawa..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.. Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI..

··¤(`×[¤entri merapu II¤]×´)¤··

Photobucket

Cinta.. Apa tu cinta? Sape dapat jawab erti cinta yang sebenarnya? Huh~ cinta terlalu luas definisinya.. Lain orang lain pengertiannya kan.


Perlu ke cinta? Kenapa kita bercinta kalau kita tahu akhirnya kita yang akan terluka? Kenapa kita bercinta kalau kita sedar akhirnya dia sebenarnya bukan tercipta untuk kita?


Kenapa kita bercinta?


Kenapa?


Lepas bercinta ape?


Kecewa?


Kawen?


Bahagia?


Semuanya belum pasti.. Kalau kecewa pasti ada yang penah mengalaminyakan..


Bila dah frust mula la cakap:


aku sayang dia sorang je


aku tak penah jumpa seseorang macam dia


aku tak boleh lupakan dia. Huwaaaaaaa~


Semua tu dah biasa dengar.. Tapi bila dah dapat pengganti camne? Masih sama ke ape yang dia rasa lepas break off ngan ex dia?


Huh~ pasti tak..


Mesti masa tu akan keluar la kenyataan


baru aku sedar yang dulu tu bukan untuk aku


aku dah lupakan kisah lama, lagipun life must go on kan?


dia yang sekarang ni banyak mengajar aku erti cinta. Hehe~


Itu bagi yang sopan ala ayu-ayu gitu. Kalau yang sebaliknya?


Yang putus cinta~:


Biarlah kalau dia dah tak nak kat aku.. Dia ingat dia dah bagus sangat ke? Blah la!


Lantak dialah nak terlungkup, terlentang, terbalik, tertiarap ke, peduli ape aku!


Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! Aku sayang dia, dia buat aku camni. Takpe tunggulah~


Hah~ amik.. Itulah lumrah manusia. Kecewa hanya untuk seketika.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: sorry entri yang agak lain skit daripada kebiasaannya. Rasa tension lak tu pasal entri ni yang naik. Bagi yang terasa Sunyi minta maaf banyak-banyak. Entri ni takde kaitan dengan sesape mahupun yang masih hidup atau yang telah pergi. Sekadar meluahkan apa yang dirasa ¤]×´)¤··

Sunday, February 24, 2008

··¤(`×[¤cantiknya wanita II¤]×´)¤··

Photobucket
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: secantik-cantik ciptaan dunia adalah seorang wanita yang solehah.. hidupnya berlandaskan sunnah.. perhiasan bibirnya Kalamullah.. ¤]×´)¤··