
Kalau setakat diorang nak beli bahan bacaan atau yang bahan yang berkaitan dengan alat tulis ke, itu aku tak kisah. Lagi-lagi la bahan bacaan, bukan apa, tak kisah la apa buku yang mereka baca asalkan boleh membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mereka aku sanggup berhabis (tapi bukan buku-buku yang tak senonoh eh~). Hanya buku yang terpilih je. Yang tak terpilih tu sorry but not too sorry aku takkan beli punya. Mungkin sebab aku suka membaca so aku nak adik-adik aku pun suka membaca (contoh kakak mithali la konon :P). Neway, tadi adik aku yang bongsu tu memang kikis aku kaw-kaw. Nasib baik budget aku ada, kalau tak maunya aku jadi salesgirl kejap untuk langsaikan hutang aku. Huhu. Tapi apa pun aku puas hati sebab aku dah beli dua novel yang aku nak tu. Sebenarnya novel tu dah lama ada cuma aku tak beli lagi sebab nak tunggu review daripada kawan-kawan aku. So, sekarang aku dah dapat. Tinggal nak baca je lagi. Adik aku pun tadi beli novel remaja, tajuk dia ‘Konspirasi Doktor’. Oklah, good for him. Aku tak kisah pun sebenarnya tapi dalam keadaan kewangan aku yang tak stabil tadi menyebabkan aku berfikir nak turutkan semua kemahuan dia. Hehe. Oklah aku nak mandi pasal aku tak mandi lagi. Baru bangun tido ni :P.
No comments:
Post a Comment