..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Thursday, September 11, 2008

··¤(`×[¤pena yang terakhir¤]×´)¤··

setiap permulaan pasti ada penamatnya. begitulah pertemuan, setiap yg bertemu pasti akan berpisah. cuma bezanya berpisah di dunia atau berpisah untuk selamanya menemui DIA yang Maha Pencipta segala yang dikehendakiNYA. hari ini merupakan hari ke 11 ramadhan. entah kenapa pagi ini mata ini terlalu sukar untuk sunyi lelapkan walau hanya seketika. terlalu banyak permasalahan yang membelengu diri ini. hati sunyi yang goyah kian rapuh namun tetap sunyi tabahkan jua demi insan-insan yang sunyi sayangi. maafkan sunyi seandainya coretan sunyi kali ini menggores perasaan sesiapa saja yang menjengah ke pondok sunyi yang kian bersawang ni. memang sengaja sunyi tidak menjengah pondok ni. bukan kerana sunyi malas, tapi sunyi rasa sudah tiba masanya sunyi berdepan dengan realiti kehidupan. sunyi tak nafikan kadangkala kita perlu luahkan yang terpendam. lafazkan apa yang terbuku agar kita bisa tenang. tapi pada sunyi meluahkan apa yang tersirat disebalik yang tersirat di dinding pondok sunyi ini samalah seperti sunyi melakarkan luka pada hati sunyi sendiri. memang tidak salah kita berkongsi dengan orang lain tentang permasalahan kita tapi kadangkala apa yang terpendam tidak semestinya diluahkan. apa yang terbuku tak bermakna perlu kita lafazkan dan apa yang tersirat tidak bererti kita perlu leraikan. sesekali kita perlu menyimpan apa yang terpendam jauh di lubuk hati. tak selamanya hidup ini bergantung pada insan-insan yang berada di sekeliling kita. sunyi jadi teringat kata-kata seorang teman sunyi, katanya teman ini ada 3 jenis:

ada teman yang seperti musim.

ada teman yang seperti pelangi.

ada teman yang seperti malam dan siang.

teman yang seperti musim adalah teman yang hanya datang kepada kita pada musim tertentu saat dia memerlukan sesuatu daripada kita atau saat kita memerlukan sesuatu daripadanya. sesudah itu dia akan pergi meninggalkan kita.

teman yang seperti pelangi adalah teman yang hadir saat kita memerlukan secebis kegembiraan di kala kita di timpa musibah dan kesusahan. sesudah kita beroleh kegembiraan dan kebahagiaan dia akan pergi meninggalkan kita.

dan teman yang seperti malam dan siang adalah teman yang hadir di saat kita dirudung duka dan di saat kita mengecapi nikmat bahagia. namun begitu suatu saat dia juga pasti meninggalkan kita.

tiada teman di dunia ini yang akan hidup selamanya dengan kita. cepat atau lambat mereka pasti akan meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkan mereka.

pada awalnya sunyi kurang bersetuju dengan teman sunyi. namun setelah sunyi dalaminya akhirnya sunyi pun mengakuinya. sesungguhnya tiada yang kekal bersama kita selamanya melainkan ALLAH SWT.

buat semua teman sunyi yang sunyi kenali sama ada melalui blog, ym atau apa jua caranya sunyi mengenali kalian, sunyi mohon berbanyak kemaafan seandainya sunyi pernah menyakiti hati atau mengguris perasaan kalian dengan sengaja atau tanpa sunyi sedar. sesungguhnya sunyi hanyalah insan biasa yang tak pernah lepas daripada melakukan kekhilafan. sunyi juga ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang sudi menjengah pondok sunyi sekiranya ada coretan sunyi yang tanpa sengaja menyentuh hati dan perasaan kalian. sunyi pohon berbanyak keampunan.

hari ini dengan rasminya sunyi ingin menyatakan bhw sunyi akan meletak jawatan dalam dunia blog. pada
chii, kay pohon maaf sebab tagged yg chii tugaskan pada kay tu tak mampu untuk kay lunaskan. kay pohon ampun dan maaf. bukan niat kay sengaja untuk mengabaikan tagged tersebut tapi kay rasa sudah tiba masanya kay meninggalkan dunia blog ini. bukan kerana sunyi malas atau sudah tidak mampu untuk meneruskannya tapi sunyi rasa sudah tiba masanya sunyi menyelesaikan segalanya secara normal dan formal. memadai sunyi katakan tak semua perkara sunyi mampu coretkan di sini. melakarkan segalanya di sini samalah seperti sunyi menggores dan mencarik hati insan yang sunyi sayangi. samalah seperti sunyi melarik garis kelukaan pada jiwa dan hati sunyi sendiri.

akhir kata untuk kesekian kalinya sunyi pohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang sunyi cetuskan dengan sengaja atau tidak pada semua. izinkan sunyi mengundurkan diri dan berpamitan. insya allah ada kelapangan sunyi akan menjengah blog teman-teman yang sunyi sentiasa rindui dan kasihi.


salam penuh kasih sayang,
-sunyi sepi-
11 ramadhan 1429 jam 04:00 sebelum sahur