..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Thursday, January 31, 2008

••¤(`×[¤tinta buat dirimu..¤]×´)¤••

Photobucket

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu.


··¤(`×[¤coretan Sunyi Sepi: I’ll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you hold to, my feet to walk with you, but I can’t lend you my heart.. coz’ it already belongs to you..¤]×´)¤··

Tuesday, January 29, 2008

··¤(`×[¤puisi tentang harapan¤]×´)¤··

Photobucket

Fajar menyinsing
Menebar cahaya di kaki langit
Suram namun penuh keindahan
Membawa cerita alam..
Berteleku aku terpaku
Menahan gelora rinduku
Dalam meraih secebis kasihmu..
Ku damba bahagia
Dalam sekalung cinta yang bersisa
Dalam sejalur harapan yang ku ada..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤peri cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Ingin rasanya ku mengepakan sayap ku
walau sedikit tertatih
Rasa riang saat sang peri menyapa.
Ya, Peri yang membawa kebahagian,
Peri yang selalu membuat gelak tawa.


Berangan selalu di sapa dan di ingat
namun sumbang terasa


hai sang peri sapa lah aku satiap hari
tebarkan riang mu, taburkan semua ceria mu.


Aku sadar aku hanyalah seekor burung hantu kecil
yang mengharapkan sedikit keajaiban sinar bintang.


peri mungil yang selalu kuharap hadir
Saat angin tiada berhembus
namun kenapa kau hanya terdiam sang peri?
dan tetap terdiam ?


OoO ternyata sang peri telah meneruskan tidurnya yang panjang


.::tinta pena bebekpaku::.

Monday, January 28, 2008

··¤(`×[¤entri merapu¤]×´)¤··

Takde idea nak letak ape.. akhirnya ambik keputusan untuk merapu.. entri penamat (insya allah) untuk hari ni aku nak tepekkan gambar harta yang wajib ada dalam handbag aku yang kecik je.. kecik-kecik pun penuh juga.. kalau besar lagi la penuh sampai aku sendiri pun pening nak cari harta karun aku kat dalam beg tu.. hihi.. dah tak nak story panjang-panjang.. nanti sakit otak baca.. lagipun sekarang ni ngah sengal otak.. tu la pasal entri pun merapu.. okay folks.. ni la harta benda yang wajib ada dalam handbag kecik aku ni (purse, kunci kete aku, kunci rumah, compact powder, lipstick n lip gloss).. =P

.::Buat mereka-mereka yang sudi membaca entri-entri aku yang sebelum ni dan sesudah yang sebelum dan yang bakal menyusul selepas sesudah ni aku nak kasi pantun.. dua kerat pun jadi la.. hihi::.

‘Orang putih orang melayu,
Terima kasih thank you..’

Makasih banget ya semuanya..

··¤(`×[¤cinta seorang aku¤]×´)¤··

Sebaris namamu,
Menghiasi bibirku..
Seraut wajahmu,
Menghuni di ruang hatiku..
Tutur bicaramu,
Alunan indah di jiwaku..
Baris ayatmu,
Penghias tinta cintaku..
Sekeping hatiku,
Aku hamparkan untukmu..
Kerana cintaku padamu,
Ku rela berduka
Asalkan bahagia itu milikmu..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Sunday, January 27, 2008

··¤(`×[¤luahan seorang anak¤]×´)¤··

Photobucket

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel.. aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk.. yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan.. yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk.. yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon.. Ibu
Bila seronok.. orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok.. aku cari pasanganku
Bila sedih.. aku cari Ibu
Bila berjaya.. aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal.. aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti.. aku bawa pasanganku
Bila sibuk.. aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.. aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Ibu ingat kat aku
Bila-bila.. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu.. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibu..

Saturday, January 26, 2008

··¤(`×[¤harapan cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Tersapa hatiku,
Oleh panggilan cinta padamu..
Tertancap mata pada,
Bening di wajahmu..
Rindu yang melanda jiwa,
Kusiram dengan madah cintamu..
Dalam munajat ku pohon,
Moga bahagia itu milikku..
Dalam sujudku berdoa,
Moga cintamu untukku..
Kerana cintaku untukmu..
Kerana sekeping hatiku
Telah terikat kepadamu..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤pena cintaku¤]×´)¤··

Photobucket

Friday, January 25, 2008

··¤(`×[¤cantiknya wanita¤]×´)¤··

Photobucket

Cantik seorang wanita itu,
sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Cantiknya Wanita......Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, January 24, 2008

··¤(`×[¤bahagia¤]×´)¤··

Photobucket

Letakkan dunia di tanganmu..
Letakkan akhirat di hatimu..
Insya allah bahagia akan sentiasa mengiringi dirimu..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.


··¤(`×[¤ayat-ayat cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Wednesday, January 23, 2008

··¤(`×[¤rindu dikalbu¤]×´)¤··

Photobucket

Aku ingin menjadi angin
membelah samudera lembut
yang menyusup masuk ke ruang kamarmu
dan mengucapkan
Selamat Malam Rindu..


::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤warkah cintaku¤]×´)¤··

··¤(`×[¤tangisan¤]×´)¤··

Photobucket

aku pernah bercinta, sayang seseorang sepenuh jiwa.. aku kata suatu hari nanti aku akan kahwini dia.. takda apa yang dapat menghalang cinta aku. angkuhnya aku berkata-kata.. dia kata dia cuma nak dengan aku jer.. macam aku, angkuhnya dia berkata-kata. suatu hari dia mintak putus, kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu.. aku rasa sebak, tak pernah terfikir hubungan selama setahun ni yang konon akan abadi selamanya berakhir.. berbulan-bulan bagai nak mati bercinta, rasa cinta boleh hilang? macam padamkan lampu hilang bayang-bayang.. aku menangis, tak percaya semua ni.. aku termenung pedihnya kat hati.. jahilnya aku, tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.. suatu malam lepas solat macam biasa, aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda.. tiba-tiba aku menangis.. bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil, baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih.. aku menangis terus menangis.. aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Al-Imran ayat 139)


baru aku tahu.. bila bercinta, setiap kali jumpa tangan aku dia pegang macam biasa.. mahram ke bukan aku terus lupa.. pinggang aku dia peluk konon tanda sayang.. ilmu agama semua terbang hilang.. begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa.. kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa? berapa pulak agaknya sebatan kat neraka? kalau hari di akhirat berganda.. Astagfirullah.. baru aku nampak.. masa tengok wayang sama bukan main seronok, sampai burn Asar ataupun Zuhur.. kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur.. keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh.. dengan Tuhan makin jauh.. Ya Allah betapa alpanya hidup aku, dulu bercita-cita nak jadi mujahidah tapi belum apa-apa benteng iman dah "Syahid".. Astagfirullah.. malunya aku...nak menghadap Engkau. baru aku sedar.. setiap kali call beringit duit hangus, balik-balik cakap benda yang sama "saya sayang awak, awak sayang kita?".. bila merajuk nak kena pujuk pulak, kekadang sampai berjam,berjimat ingat pun tidak.. tak pernah berbincang pasal hal-hal agama sebab rasa tak best jer.. tak pernah saling mengingatkan untuk solat, lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat.. Astagfirullah.. selepas apa yang aku buat, Tuhan masih lagi bagi aku nafas.. sayangnya Dia kat aku.. bagi peluang aku taubat..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah ayat 216)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45)


menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu.. Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau.. aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh.. dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.. sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal.. air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan.. sedangkan air mata taubat yang mengalir mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil.. tengok-tengok sekeliling, semua berbincang masalah percintaan tapi tak pernah pulak ada orang kata dia ada masalah bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan.. takda pulak diorang ada masalah percintaan sebab tiap sujud malam ada yang temankan.. takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti dengan janji-janji manis.. janji-janji seperti syurga dan segala isi. jadi aku serahkan jiwa dan cinta pada yang lebih berhak.. pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit.. untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin Syahid..


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah ayat 129)

Tuesday, January 22, 2008

··¤(`×[¤pesonamu¤]×´)¤··

Photobucket

Indah pesona lirikkan matamu
Menggamit rasa rindu di hati,
Menawan rasa sendu di jiwa..
Ingin ku tanya namamu
Namun ku malu..
Kerana itu bukan diriku,
Menghulurkan salam
Pada insan yang bukan mahram ku..
Namun rasa cinta yang bergolak
Bagaimana bisa aku bendung?
Bagaimana harus ku harung?
Oh Tuhan bantulah aku..
Aku tak ingin rasa cinta ini
Melebihi rasa cintaku padaMu..
Namun sama sekali
Aku tak ingin kehilangan
Rasa cinta ini..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Monday, January 21, 2008

··¤(`×[¤sendu dijiwa¤]×´)¤··

Dalam kegelapan,
Ku mencari sedikit sinar cahaya..
Dalam kesepian,
Ku gapai secebis kenangan..
Sesungguhnya aku hampa,
Lenaku bertemankan airmata..
Di atas sejadah ku bersimpuh,
Munajatku padaNYA,
Dengan penuh kerinduan
Penuh gelora di jiwa
Dilanda badai cinta..
padaMu Tuhanku,
Pintaku bahagia agar kunjung jelma..

.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤bersediakah kita¤]×´)¤··

Photobucket

‘Andai hidup punca perpisahan, biarlah kematian menyambungnya semula.. Namun andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup ini memberi erti yang nyata..’

Mati itu pasti. Suatu hari nanti setiap insan pasti melalui detik-detik kematian, baik meninggalkan ataupun ditinggalkan. Itulah lumrah yang pasti dilalui oleh setiap makhluk ALLAH SWT. Itulah hakikat dan kepastian yang kita harus lalui walaupun jiwa dan hati tidak pernah merelakan dan mengalukan. Namun akhirnya kita perlu pasrah dan redha atas kehendakNYA. Akan tiba suatu saat di mana denyutan nadi pasti akan terhenti bersama nafas yang tak mungkin terhela lagi. Saat itu berpisahlah jiwa daripada jasadnya, terputuslah hubungan duniawi dan bakal menemui alam akhirat alam abadi.

Namun bersediakah kita untuk menemuiNYA? Cukupkah bekalan yang bakal kita bawa untuk pergi mengadap Pencipta Yang Maha Agung? Atau kita masih belum bersedia untuk meninggalkan alam duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan di akhirat. Bersediakah kita untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan oleh para Malaikat ALLAH? Atau kita hanya merintih, menangis dan merayu agar ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita selama kita hidup di muka bumi ALLAH setelah kita melihat seksaan kubur yang maha dasyat? Bersediakah kita melihat kesedihan terukir pada seraut wajah Junjungan Mulia kita Rasulullah Saw? Sesungguhnya kitalah umat yang paling untung. Kitalah umat yang paling bertuah. Namun, sesungguhnya kita juga adalah umat yang terlalu banyak meminta namun kita jarang memberi. Dan seringkali juga ALLAH SWT menunaikan permintaan kita. Beruntungnya kita.

Ya Allah, betapa kami hambaMu yang lemah, kami tidak lepas daripada melakukan dosa. Godaan syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan kami agar langkah ini tercicir dari jalanMU, terpesong dari ajaran KekasihMU. Seringkali kami tersungkur di dada takdir, sering jua kami hampir hanyut dengan godaan syaitan yang menjanjikan kebahagiaan duniawi namun menghancurkan kami di akhirat kelak. Ya Allah, betapa daif dan hina diri ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Tetapkanlah hati kami pada AgamaMU, pada ajaran KekasihMU. Andai sudah tiba masa untuk kami pergi mengadapMU Ya Allah, matikanlah kami dalam Islam dan pertemukanlah kami dengan orang-orang yang soleh. Ya Tuhan kami! Engkau tidak menjadikan langit dan bumi ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, kerana itu lindungilah kami dari seksaan neraka. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau, siapa yang Engkau masukkan ke neraka, maka dia itu telah Engkau celakakannya, dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami mendengar panggilan orang yang memanggil kepada iman, lalu kami beriman. Kerana itu, Ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa kami dan tutupkanlah semua kesalahan kami serta matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami! Berikanlah kepada kami apa yang Engkau telah janjikan kepada para RasulMu, dan jangan Engkau celakankan kami nanti di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji.

Sunday, January 20, 2008

··¤(`×[¤erti hidup¤]×´)¤··

Photobucket

Saturday, January 19, 2008

··¤(`×[¤kesetiaan¤]×´)¤··

Photobucket

Kalau bulan bisa bicara
Pasti katanya aku sepi..
Andai bintang mendengar
Pasti jawabnya sabarlah kasihku
Tunggulah aku jelma..
Sampai bila?
Jelmalah asmara.. Aku rindu..
Sabarlah sayang,
Hingga Tuhan memerintahkan..
Dia belum mengizinkanku
Pergi menemanimu..
Tapi bila kekasihku?
Sabarlah sehingga Dia membenarkan
Sehingga Pencipta kita
Mengizinkan..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Friday, January 18, 2008

··¤(`×[¤pencarian¤]×´)¤··

Photobucket

··¤(`×[¤mencari cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Thursday, January 17, 2008

··¤(`×[¤pertemuan¤]×´)¤··

Photobucket


Andai bisa ku hentikan waktu
Akan ku halang datangnya rembulan
Akan ku tahan detik yang berjalan
Demi untuk bersamamu..
Takkan ku izinkan perpisahan itu..
Tapi aku cuma insan biasa
Punya kudrat yang tak seberapa..
Lantaran ku harap
Akan tiba detik pertemuan
Kerana aku tak sanggup
Mengharungi detik perpisahan..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤pernahkah¤]×´)¤··

Pernahkah anda memikirkan bahawa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan? Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni? Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya? Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus isi buahnya sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga? Pernahkan anda berfikir bahawa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan negeri anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempoh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini? Pernahkan anda berfikir bahawa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda? Pernahkan anda memikirkan bahawa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini? Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?

Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah dengan akal fikiran. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan anugerah yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebahagian manusia hampir tidak pernah berfikir. Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali dia sendiri tidak menyedarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam dia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang. Harus disedari bahawa setiap orang mempunyai keperluan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.

··¤(`×[¤apalah erti cinta¤]×´)¤··

Photobucket

Wednesday, January 16, 2008

··¤(`×[¤cintakah itu¤]×´)¤··

hearts

Cintakah itu,
andai hati sering merindu?
Cintakah itu,
andai jiwa sering gelisah?
Cintakah itu,
andai diri sering cemburu?
Cintakah itu,
andai airmata sering mengalir?
Cintakah itu,
andai semua perasaan menyatu?
Berikan makna cinta padaku,
Terangkan erti cinta itu,
Agar bisa ku tahu
Siapa cinta di hatiku..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤erti cinta¤]×´)¤··

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu... Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip " Easy come.. Easy go... "


.::Anonymous::.

Tuesday, January 15, 2008

··¤(`×[¤inspirasi hatiku¤]×´)¤··

Photobucket

Monday, January 14, 2008

··¤(`×[¤cinta¤]×´)¤··

Hati terusik sendu
Bergenang airmata di tasik kalbu
Menangisi kepergian rindu..
Mana perigi kasih,
Mana timba sayang,
Hilang dalam pekat malam
Ditelan oleh gelap kesedihan..
Menari tinta atas bingkisan jiwa
Mencoretkan cerita lara
Tentang sebuah cinta,
Tentang segumpal rindu
Yang terlindung di angin bayu
Mengharapkan mendung berlalu..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Sunday, January 13, 2008

.··¤(`×[¤perjalanan¤]×´)¤··

Photobucket


langkah demi langkah
ku susun cerita hidupku
namun tiada siapa yang tahu
tiada siapa mengerti
kenapa dan mengapa
hidupku begini..
semakin laju ku melangkah
semakin jauh aku meninggalkan
segalanya..
semakin jauh aku dari segalanya


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤tinta hari ini¤]×´)¤··

Selamat malam. Bestnya tido sampai terbabas maghrib aku (adeh~ sungguh la tak senonoh). Huhu. Hm, nampaknya bertangguh lagi la keje aku nak mengecat bilik pasal hari ni aku keluar lagi, rela dalam terpaksa sebenarnya. Aceli, aku nak kuar sorang sebab nak beli novel tapi adik aku yang kecik tu beria-ia nak ikut. Nak tak nak terpaksa dalam rela la aku bawa dia. Not bad la, melayang la juga duit aku (not 5o tu.. Haru woo..). Yang nak beli novel aku (dah beli) tapi yang banyak dapat faedahnya adik aku. Adush~ kopak la aku kalau hari-hari macam ni. Belum lagi adik aku yang sorang tu balik cuti. Kalau yang sorang tu balik lagi satu pisau cukur kakak nombor satu Negara. Hik..hik.. Cukuplah aku dah ada dua orang adik macam ni. Kalau ada ramai, habislah.. botaklah kepala pakcik Kassim dok fikir tang mana nak cari duit banyak-banyak untuk anak-anak dia. Makcik Hasanah pun comfirm, confident, comfirmation, comfidential pecah otak nak turutkan kemahuan anak-anak dia (maklumlah bondaku yang tercinta. Sentiasa memahami hati anak-anak. Hehe.). Dan aku semestinya anda dan maggi aku pun senantiasa sakit jiwa dan raga sebab adik-adik asyik cakap “kak long minta duit. Kak long kan bank Negara.” Habis dan nayalah aku camtu.
Kalau setakat diorang nak beli bahan bacaan atau ya
ng bahan yang berkaitan dengan alat tulis ke, itu aku tak kisah. Lagi-lagi la bahan bacaan, bukan apa, tak kisah la apa buku yang mereka baca asalkan boleh membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mereka aku sanggup berhabis (tapi bukan buku-buku yang tak senonoh eh~). Hanya buku yang terpilih je. Yang tak terpilih tu sorry but not too sorry aku takkan beli punya. Mungkin sebab aku suka membaca so aku nak adik-adik aku pun suka membaca (contoh kakak mithali la konon :P). Neway, tadi adik aku yang bongsu tu memang kikis aku kaw-kaw. Nasib baik budget aku ada, kalau tak maunya aku jadi salesgirl kejap untuk langsaikan hutang aku. Huhu. Tapi apa pun aku puas hati sebab aku dah beli dua novel yang aku nak tu. Sebenarnya novel tu dah lama ada cuma aku tak beli lagi sebab nak tunggu review daripada kawan-kawan aku. So, sekarang aku dah dapat. Tinggal nak baca je lagi. Adik aku pun tadi beli novel remaja, tajuk dia ‘Konspirasi Doktor’. Oklah, good for him. Aku tak kisah pun sebenarnya tapi dalam keadaan kewangan aku yang tak stabil tadi menyebabkan aku berfikir nak turutkan semua kemahuan dia. Hehe. Oklah aku nak mandi pasal aku tak mandi lagi. Baru bangun tido ni :P.

Saturday, January 12, 2008

··¤(`×[¤catatanku¤]×´)¤··

Photobucket

Letihnya badan.. satu hari ni kemas bilik. Insya allah kalau takde masalah esok nak cat bilik. Cadang nak cat warna putih. Sejuk mata memandang. Dinding putih, cadar putih bunga merah halus-halus, langsir putih.. wah.. mesti syok. Hehe. Pastu pasal hiasan pula akan difikirkan macam mana, tapi rasanya nak kekalkan apa yang dah ada sekarang. Kalau tambah lagi takut tak macam bilik dah. Nanti jadi macam stor. Haha. Adeh~ tak sabar nak tengok hasilnya.

Tadi lepas siap kemas bilik mak lak bawa gi shopping barang dapur. Sakit otak aku tgk org ramai sangat kat mall. Ini yang aku malas nak keluar, bersesak-sesak kat tempat yang ramai orang buat aku nak migrain jer. Apa boleh buat la barang dapur dah habis dan ayah aku lak dah gi offshore balik. Kalau ayah ada kat umah alamatnya memang ayah la yang pergi temankan mak. Bukan aku tak suka nak temankan mak, tapi dah memang perangai aku suka duduk kat umah. Keluar pun hanya bila aku rasa betul-betul penting nak keluar dan ada benda yang aku nak beli. Lepas dah dapat apa yang dihajati apa lagi baliklah. Huhu. Tak kuasa nak lepak lama-lama kat mall. Nasib baik la bonda tercinta faham perangai anak dia yang sorang ni. So, bila mak nak keluar dia hanya akan tanya aku sekali je, kalau aku jawab tak nak ikut comfirm dia takkan tanya lagi (takde talian hayat okey. Hihi).

Ramai kawan aku cakap life aku membosankan. Yalah tak suka lepak kat mana-mana mall bila ada kelapangan, tak suka nak keluar window shopping ke, menonton wayang ke atau hang out dengan mereka semua. Well guys, I’m so sorry aku bukan macam tu. Kalau keluar pun aku hanya akan lepak kat kedai buku. Berjam-jam kat kedai buku pun aku sanggup. Asalkan aku tak bersesak dengan orang ramai yang ada kat shopping mall tu. Kat kedai buku takpe. Haha. Lagi satu tempat yang aku suka pergi selain kedai buku ialah gedung anak patung. Best, best. Suka tengok anak patung dan toys yang ada. Rasa macam nak jadi budak kecik balik. Hehe. Selain tu aku suka lepak kat tempat yang tak ramai orang cam pantai ke atau kat atas bukit. Dapat juga tenangkan otak dan segala apa yang berserabut dalam kepala ni. Selain tu dapat juga ilham (jiwang seh~).

Kalau lapar atau haus lepak la kat Dessert. Makan ice krim puas-puas. Hehe. Tak pun mengisi perut di Ipoh Town Kopitiam. Hehe. Kalau rasa malas nak keluarkan duit balik rumah masak sendiri. Itulah life aku. Bosan pada pandangan mata orang lain (bagi yang suka hang out) tapi indah pada pandangan mata aku sendiri. Duduk kat rumah mak aku tak risau, tak susah hati. Kan best tu.

··¤(`×[¤hati yang terluka¤]×´)¤··

Photobucket

* Bila kebisuan bermaharajalela.. hati dan jiwa mula berbicara.. sedetik cinta yang hadir mula berbisik bercerita tentang rindu dikalbu.. bercerita tentang kekecewaan dijiwa.. mendendangkan melodi cinta yang indah untuk didengar namun pedih andai tidak kesampaian dalam untaian cinta yang membara..

* Saat hati menganyam rindu.. saat jiwa menyimpul buih-buih menjadi untaian cinta.. saat bayu berbisik madah cinta yang membuat diri berada di awangan bahagia.. hadir derita bagai sumpahan murka pada sekeping hati yang rapuh.. lantaran bicara cinta ketandusan hikmatnya.. bisikan rindu hilang kesaktiannya.. hanya kecewa yang bertapak dihati.. hanya kesedihan yang menguasai jiwa.. butiran kristal yang berguguran menambahkan lagi kepedihan yang tercarik.. merobekkan lagi kelukaan yang terdampar.. pada pantai cinta yang dihempas gelora asmara..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Friday, January 11, 2008

··¤(`×[¤kisah luka¤]×´)¤··

Sedetik tercoret jalur-jalur indah
Kini ada sayu terlakar pada seraut wajah
Tersungging segaris hambar
Pada indah satu senyuman..
Kristal yang terlihat di kolam mata
Bagai embun yang hadir
Saat subuh terjaga..
Hati yang kesah melahirkan
Benih-benih keluhan
Dari sekeping hati seorang wanita..
Gundah menerpa gelisah
Tika saat bahagia disapa bahana..
Ah, pedih secarik luka
Terkoyak hati terobek dek belati
Saat hilang cinta dari jiwa..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤bicara tentang cinta¤]×´)¤··

# "True love is not how you forgive, but how you forget, not what you see but what you feel, not how you listen but how you understand, and not how you let go but how you hold on." .::Lovely::.

# "Sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted." .::Caitlin::.

# "Cinta tak perlu dicari, tak perlu dipaksa, tak perlu diminta, tak perlu diberi. Cinta akan datang tanpa kita sempat tersedar akan kehadirannya." .::Sunyi Sepi::.

# "Love is like a puzzle, hard to piece together, but beautiful when all the right pieces are put together." .::Nicole::.

# "Cinta itu satu perasaan yang sukar diluahkan namun bisa dimengertikan oleh hati." .::Sunyi Sepi::.

# "Love can be many things but one thing it is not and can never be is uncertain." .::Makeya::.

Thursday, January 10, 2008

··¤(`×[¤lakaranku¤]×´)¤··

menatap indah cahaya
menghayati indah cerita
merungkai segala derita
demi menggapai sekalung bahagia
hadir cinta tidak pernah ku pinta
timbul derita tidak ku duga
ku rela biarpun ku merana
kerana ku tahu hunjungnya bahagia..
demi tuhan ku cinta dia
di hatiku dia bertakhta
walau dia tak pernah menerima
tapi tetap jua ku rela
kerana hatiku mendamba dia..
andai terpisah akhirnya
ku rela atas ketentuan yang Esa
mungkin ada hikmahnya
disebalik yang terlakar
disetiap yang terpapar..


.::tinta pena Sunyi Sepi::.

··¤(`×[¤bicara seorang aku¤]×´)¤··

Photobucket

Pernah seorang teman (lebih muda daripadaku) bertanyakan pada ku tentang cinta. dia bertanya apa makna cinta bagiku (cinta sesama manusia)? lalu aku menjawab 'cinta adalah adunan pelbagai perasaan. cemburu, bimbang, gembira dan sedih. cinta mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya & cinta juga membuat kita bahagia bila kita gembira kerananya..' cinta memerlukan kita untuk berkoban walaupun kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang kita sayang (bukan kesucian diri atau maruah keluarga okey..) lantas dia bertanya lagi, kenapa dalam bercinta seringkali ada yang terluka dan melukakan? dengan penuh sabar dia menanti jawapan drp ku. sebenarnya teman ku ini belum pernah mengharungi alam percintaan bersama insan yang bernama adam, lebih spesifik ku katakan insan yang bergelar lelaki. mungkin kerana pengalaman rakan-rakan yang lain menyebabkan dia lebih berhati-hati untuk menyemai benih cinta bersama sang arjuna. berbalik kepada soalan teman ku tadi kenapa seringkali kecewa dan mengecewakan menjadi perencah alam percintaan? dengan penuh selamba dan tenangnya aku menjawab, itulah lumrah cinta adam dan hawa, itulah dunia cinta makhluk Tuhan yang bernama insan. selalu ada pasang surutnya, pasti ada onak dan ranjau, sering ada panas dan hujan serta sering jua dilanda ombak dan badai. itulah namanya percintaan di dalam kehidupan.
kemudian dia bertanya lagi, pernahkah atau tidak aku dikecewakan dan mengecewakan. dengan pantas aku menjawab ya. memang aku pernah dikecewakan dan aku juga pernah mengecewakan. sekian lama hubungan kami terjalin atas restu keluarga tapi akhirnya dia memilih untuk meninggalkan aku dan menikahi insan lain. tipulah andai aku katakan hatiku tak sakit dan perasaan ku tak tercalar sedikit pun. memang aku akui diri ini, hati ini dan perasaan ini cukup pedih dan sakit. tapi untuk apa aku menangisi dia yang sudah terang tidak lagi memerlukan aku di sisinya. walau ku bajai kesetiaan ku, walau ku sirami benih-benih cinta dengan airmata rindu, walau ku jaga bunga-bunga bahagia dalam sangkar asmara andai dia sudah meminggirkan diri ini dari sudut hatinya tiada guna waima aku menangis airmata darah sekalipun. dalam hatinya sudah ada insan lain yang lebih istimewa. sudah ada insan lain yang bertakhta. insan yang lebih dia cintai dan sayangi. bukan lagi aku yang selama ini mengayam buih-buih kasih bersamanya. temanku bertanya lagi tidakkah aku serik untuk bercinta lagi dan kenapa aku tidak seperti rakan yang lain (fusrt menonggeng, terlungkup, telentang, terbongkang dsb)? lalu aku menjawab kerana aku bukan mereka, kerana aku adalah aku dan tidak mungkin aku pernah menjadi seperti mereka dan tidak mungkin pernah mereka menjadi seperti aku. kerana kami sememangnya insan-insan yang berbeza. aku menyambung lagi bahawa aku tidak pernah serik atau takut untuk bercinta lagi. kerana cinta itu fitrah manusia. sememangnya manusia diciptakan dengan perasaan kasih dan sayang, diberikan perasaan ingin mencintai dan dicintai. so, kenapa takut untuk bercinta. pengalaman mengajar aku agar menjadi lebih matang dalam hidup dan juga percintaan. pengalaman juga mengajar aku tentang sikap manusia, mendewasakan aku tentang segalanya, menyedarkan aku tentang segalanya. oleh itu kenapa harus aku menolak satu pelajaran yang memberi aku pengajaran dan mendedahkan aku kepada pengalaman. 'life is only traveled once, today moment becomes tomorrow's memory. enjoy every moment, good or bad because the gift of the life is life itself..' selepas itu dia tidak lagi bertanya mengenai cinta kepada ku.

··¤(`×[¤salam hijrah¤]×´)¤··

derap kaki melangkah
mengorak ke dimensi kehidupan..
sebuah kisah terlakar
pada kanvas hati insan..
mencari segenap alam
untaian kata bayangan maya
siapa dia yang jelma
saat hati lena dalam jaga..
ingin ku raih impian
ingin ku gapai cinta semalam
sayang tangan tak sampai
lantaran sebuah kehidupan
makin ke depan bukan ke belakang..
sejarah silam tinggallah sayang
ku ingin membuka lembaran
dalam sebuah buku
berlandaskan kamus kehidupan
moga jalanku tak pincang
moga impianku tak berserakan
pada jasad tanah yang kaku
tidak usang biar pun di mamah
usia-usia yang kian berjalan..


..salam maal hijrah dariku..

.::tinta pena Sunyi Sepi::.

Wednesday, January 9, 2008

··¤(`×[¤doa kekasih¤]×´)¤··

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami… agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku… kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…

Amin.. Ya Rabbal A'lamin...